Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stro.bé.ri] | ستروبيري

Definisi : (strawbéri) 1. sj tumbuhan (pokok renek), Fragaria spp.; 2. buah drpd pokok strawberi yg berwarna merah dan mempunyai biji-biji kecil berwarna kuning di bahagian luarnya (dimakan mentah atau dibuat jem). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stro.bé.ri] | ستروبيري

Definisi : /strawbéri/ nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya merah dan berair, boleh dimakan mentah, dibuat jem dsb), Fragaria spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strawberi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
strawberry spleenlimpa strawberiVeterinarTiadaTiada
strawberry tonguelidah strawberiPerubatanTiadaLidah yang diliputi papila atau bintil yang merah dan besar, yang merupakan gejala demam skarlet; gejala ini kelihatan 24 jam selepas ruam muncul.
strawberry footrotkuku reput strawberiVeterinarTiadaTiada
aggregate fruitbuah agregatBiologiEkologiBuah yang terbentuk daripada bunga tunggal, seperti strawberi, atau buah yang terbentuk daripada beberapa bunga, seperti nanas.
Bebe coupekup BebePentadbiran PerniagaanTiadaKup daripada campuran ais krim raspberi dan nanas dan dihias dengan strawberi dan krim putar.
neopolitan ice creamais krim neopolitanPentadbiran PerniagaanTiadaAis krim yang mempunyai tiga atau empat perasa seperti vanila, coklat dan strawberi dan dibiarkan setengah beku untuk dibentuk.
natural food dyepewarna makanan semula jadiMakanan dan PemakananMakananPewarna semula jadi yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, warna merah daripada strawberi dan paprika, hijau daripada daun pandan, dan kuning daripada kunyit atau safron. Pewarna semula jadi perlu digunakan dengan jumlah yang banyak dalam makanan berbanding dengan pewarna tiruan.
stolonstolonBotaniTiadaBatang lembut dan lampai yang menjalar di atas permukaan tanah. Di bahagian bukunya, terdapat tunas baru dan akar adventitius yang akan tumbuh. Batang yang lama biasanya akan mati. Contohnya, batang strawberi.
trichomoniasistrikomoniasisPerubatanTiadaInfeksi oleh flagelat Trichomonas vaginalis yang ditularkan melalui hubungan seks. Infeksi ini mengakibatkan vaginitis dan uretritis; bagi kes vaginitis yang tipikal, faraj kelihatan merah dan berbintil, dan keadaan ini disebut faraj strawberi. Antara gejala yang ketara termasuklah pruritus vulva dan leukorea.
short-day plant (SDP)tumbuhan pendek-siangBotaniTiadaTumbuhan yang hanya akan berbunga dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa siang yang kurang daripada suatu jangka masa siang yang maksimum. Contohnya, kekwa dan strawberi.
12

Kembali ke atas