Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[strés] | ستريس

Definisi : (strés) keadaan resah, cemas, tegang dsb akibat tekanan mental atau fizikal: banyakkan sembahyang sunat dan zikir terutamanya pd waktu malam jika anda mengalami ~ dlm rumah tangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[strés] | ستريس

Definisi : /strés/ keadaan resah, cemas, tegang dsb akibat tekanan mental atau fizikal: Seseorang mungkin akan bergantung pd ubat tidur selagi ia risau dan ~ apabila masalahnya tidak dpt diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stres


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cold stressstres sejukKejururawatanTiadaKeadaan hipotermia yang dicirikan oleh sensasi sejuk, kesejukan kulit, percakapan tersasul, denyutan jantung laju, kebiruaan dan ketegangan otot.
posttraumatic stress disorder (PSTD)kecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiTiadaReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.
eustresseustresKejururawatanTiadaKeadaan stres yang diperlukan untuk mendorong seseorang meningkatkan usaha mencapai matlamat.
spiritual distressdistres rohaniKejururawatanTiadaStres yang bercanggah dengan prinsip-prinsip hidup.
defense mechanismmekanisme pertahananKejururawatanTiadaKaedah yang digunakan untuk mengurangkan stres dan mengekalkan homeostasis.
adaptogenadaptogenHerbaTiadaHerba yang menggalakkan sistem imun bagi membantu tubuh menyesuaikan perubahan, mengawal atur stres dan mengembalikan kerintangan imun secara semula jadi. Contoh herba ini ialah pegaga, kacip fatimah, bawang putih, gingko, echinacea (ekinasea), ginseng dan goldenseal.
Kegel exercisesenaman KegelKejururawatanTiadaSenaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran.

Kembali ke atas