Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stron.tium] | سترونتيوم

Definisi : (Kim) unsur logam berbentuk pepejal lembut berwarna putih perak dan sangat reaktif, digunakan utk membuat aloi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stron.tium] | سترونتيوم

Definisi : ist unsur logam berbentuk pepejal lembut, berwarna kuning pucat, sangat reaktif, dan digunakan utk membuat aloi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strontium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radioactive contaminationkontaminasi radioaktifHerbaTiadaPencemaran bahan isotop radioaktif seperti strontium-90, iodin-131, caesium-134, caesium-137 dan plutonium-239 yang terkandung dalam herba. Kontaminasi radioaktif boleh berlaku apabila herba terdedah kepada kemalangan nuklear, herba ditanam di kawasan tanah dan air yang tercemar dengan bahan radio isotop dan semasa herba disteril secara radiasi. Penentuan kandungan radioaktif berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi radioaktif dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi radioaktif dikesan dengan mengukur radiasi yang dipancarkan oleh bahan radio isotop menggunakan meter radiasi seperti alat pembilang Geiger. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kebanyakan farmakopeia menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi radioaktif.

Kembali ke atas