adenofibroma | adenofibroma | Kejururawatan | Tiada | Neoplasma benigna yang terdiri daripada tisu epitelial dan tisu perantara yang mengandungi struktur-struktur kelenjar. |
nanostructure | nanostruktur | Fizik | Nanoteknologi | Objek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm. |
homology | homologi | Kesusasteraan | Tiada | Persamaan dalam bentuk struktur fikiran. Lucien Goldman, seorang ahli teori sosiologi Rumania menamai bentuk persamaan ini sebagai homologi. Goldman berpendapat struktur fikiran bukan suatu struktur linguistik tetapi merupakan corak hubung kait antara konsep tertentu. Struktur sesuatu karya sastera yang dihasilkan itu mempunyai persamaan atau nilai homologi dengan struktur fikiran kumpulan sosial yang diperkatakan dalam karya tersebut. |
chiral structure | struktur kiral | Fizik | Nanoteknologi | Struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilit bulatan tiub. Struktur ini mempamerkan putaran atau pilin di sepanjang nanotiub. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kerusi berlengan. |
nanoporous structure | struktur nanoliang | Fizik | Nanoteknologi | Struktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api. |
armchair structure | struktur kerusi berlengan | Fizik | Nanoteknologi | Struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis heksagon selari dengan nanotiub dan mempunyai simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kiral. |
zig-zag structure | struktur zig-zag | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis ikatan karbon ke bawah pusat nanotiub dan simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah kerusi berlengan dan kiral. |
dramatic structure | struktur dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Struktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini. |
nucleotide structure | struktur nukleotida | Fizik | Nanoteknologi | Struktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat. |
layer structure | struktur lapisan | Fizik | Nanoteknologi | Struktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom). |