architechtonic | arkitektonik | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu karya sastera yang dikelolakan dengan baik dan mempunyai keharmonian struktural. Keharmonian struktural adalah dari segi bentuk, isi dan fungsinya yang digabungkan sebagai kesatuan organik. Arkitektonik merupakan istilah dalam bidang seni bina yang digunakan dalam kritikan sastera. Arikitektonik berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �pembina utama�. Lihat juga bentuk, bentuk organik. |
structural criticism | kritikan struktural | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut. |
architectonics | arkitektonik | Kesusasteraan | Tiada | Keharmonian struktural suatu karya dari segi bentuk, isi dan fungsi sebagai satu kesatuan organik. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi. |
narrative grammar | nahu naratif | Kesusasteraan | Tiada | Suatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan. |
conservative | konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran, individu, kelompok atau organisasi yang berpegang kepada tradisi dan sukar menerima perubahan. Pendirian ini berusaha mengekalkan sesuatu sebagaimana yang tersedia ada. Pemikiran sebegini disebut sebagai konservatisme, sementara mereka yang mengamalkannya digelar sebagai golongan konservatif. Gerakan politik golongan konservatif mula muncul semenjak abad ke-18 di Eropah sebagai reaksi intelektual terhadap golongan radikal yang berkembang kesan daripada Revolusi Perancis. Dari sudut sosiologi, golongan ini berasal daripada keturunan tuan tanah. Kelompok ini telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan struktural dimensi dan persepsi terhadap sesuatu fenomena seperti tidak lagi menolak perubahan secara total tetapi menerima perubahan secara evolusi. Dalam perkembangan politik moden, golongan ini telah muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat khususnya di Eropah seperti Parti Kristian Demokrat di Jerman, aliran pemikiran Gaullism di Perancis dan juga Parti Konservatif di Great Britain. |
consolidation (power) | pengukuhan (kuasa) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004. |
poststructuralist criticism | kritikan pascastrukturalis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural. |
psychoanalytic criticism | kritikan psikoanalitik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional. |