Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suara-

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hybridizationpengacukanKesusasteraanTiadaAdunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi.
monologicmonologikKesusasteraanTiadaPerihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya.
hallucinationhalusinasiPsikologiPsikologi UmumPengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau.
speaker-dependent systemsistem suara bersandarPentadbiran PerniagaanTiadaSistem pengenalan suara secara automatik yang memerlukan contoh suara sebelum suara itu dapat dikenali.
vocal cordspita suaraPerubatanTiadaLipatan membran mukosa yang terdapat di dalam larinks, yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu pita suara asli dan pita suara palsu. Pita suara asli merupakan membran yang membentuk sempadan bahagian bawah ventrikel, manakala pita suara palsu pula merupakan membran yang memisahkan ventrikel daripada vestibul.
speaker independent systemsistem suara bebasPentadbiran PerniagaanTiadaSistem pengenalan suara secara automatik yang mengenal suara tanpa contoh suara terlebih dahulu.
cabinetkabinetFizikAkustikKotak yang digunakan untuk menempatkan pembesar suara, supaya suara yang keluar ke medium luar hanyalah yang terbit dari depan kon pembesar suara itu.
cadencekadensTeknologi MaklumatTiadaCorak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat).
break (in voice)pecah (suara)KesenianTiada1. Batas peralihan tingkat nada dalam julat suara. 2. Pertukaran suara lelaki bila baligh. 3. Senyap seketika dengan memendekkan nilai not di akhir frasa. 4. Berhenti untuk menonjolkan improvisasi pemain solo dalam muzik jaz.
voicesuaraKesusasteraanTiadaGaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka.
12345678910...

Kembali ke atas