allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �memperkatakan yang di sebaliknya�. |
association | asosiasi | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi. |
off-center subject | subjek tidak seimbang | - | Tiada | Kedudukan subjek yang tidak berada di tengah-tengah ruang reka letak. |
travesty | travesti | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang mempersendakan subjek yang serius atau memartabatkan secara olokan subjek yang remeh. Contoh travesti ditemui dalam karya Cervantes berjudul Don Quixote. Karya Cenvantes mempersendakan genre roman kesasteriaan, sementara karya james Joyce bertajuk Ulysses mempersendakan konsep kewiraan dalam karya Homer, Odyssey. Travesti dalam bahasa Latin bermaksud �menyamar�. Travesti dikenali juga sebagai lecehan. |
subject matter expert (SME) | pakar bidang subjek (SME) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang berautoriti dalam sesuatu domain atau topik subjek. Dalam konteks e-pembelajaran, mereka ialah pakar rujuk kepada kandungan kursus. |
subject contrast | kontras subjek | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Perbezaan darjah kegelapan antara dua kawasan berhampiran yang ditunjukkan dalam filem radiograf untuk spesimen yang sama. Kontras subjek turut dipengaruhi oleh tenaga penembusan sinaran. |
inversion | kebalikan | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembentukan dan susunan subjek dan predikat sesebuah kalimat. Dalam kes kebalikan, penyair mendahulukan bahagian predikat, misalnya 'Telah tumpah' kemudian baharu diikuti dengan subjek, 'Gerimis' petikan dari 'Telah tumpah gerimis' dari puisi "Bunga Gerimis" karya Siti Zainon Ismail. |
informed consent | persetujuan termaklum | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses mendapatkan keizinan daripada subjek manusia yang hendak mengambil bahagian dalam ujian klinikal secara sukarela setelah dimaklumkan tentang segala aspek ujian yang relevan dengan subjek. Persetujuan termaklum didokumenkan dalam borang persetujuan bertulis, ditandatangani dan bertarikh. |
clinical trial protocol | protokol percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara piawai untuk melaksanakan suatu percubaan klinikal. Protokol ini mengandungi maklumat umum dan latar belakang percubaan klinikal, objektif dan tujuan percubaan, penjelasan reka bentuk percubaan, kriteria pemilihan dan penyingkiran subjek, prosedur rawatan subjek, spesifikasi dan prosedur penilaian keberkesanan dan keselamatan, kaedah statistik, dan maklumat tambahan lain yang berkaitan. |
clinical data | data klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat atau data kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh daripada kajian klinikal tentang kesan pemberian rawatan tertentu ke atas subjek manusia atau pesakit. Data kualitatif memberikan maklumat deskripsi melibatkan pemerhatian pada perlakuan subjek seperti sakit kepala, rasa lesu dan cirit-birit. Data kuantitatif ialah maklumat dalam bentuk angka seperti bacaan tekanan darah 120/90 mm Hg, suhu badan 37°C dan kandungan kolesterol total dalam darah sebanyak 5.30 mmol/L. |