Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.jék.tif] | سوبجيکتيف

Definisi : (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting; kesubjektifan keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.jék.tif] | سوبجيکتيف

Definisi : /subjéktif/ mengikut pan­dangan serta perasaan sendiri; pan­dangan atau pendapat yg dipengaruhi oleh sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subjektif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subjective assessmentpentaksiran subjektifTeknologi Maklumate-PembelajaranPentaksiran berasaskan soalan terbuka yang mempunyai lebih daripada satu jawapan atau lebih daripada satu cara untuk menyatakan jawapan yang betul.
subjective valuenilai subjektifPenilaian Harta TanahTiadaTiada
subjective datadata subjektifKejururawatanTiadaGejala penyakit yang diadukan oleh pesakit. Contohnya, sakit, gatal dan risau.
auraauraPerubatanPsikiatriPerasaan yang subjektif dirasakan sebelum seseorang mendapat serangan sesuatu penyakit, seperti dalam penyakit epilepsi.
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.
open-ended questionsoalan terbukaSains PolitikPolitik PerbandinganSoalan kepada responden dalam suatu kerja lapangan penyelidikan yang bersifat terbuka dan subjektif jawapannya. Responden bebas menjawab mengikut fikirannya tanpa sebarang pilihan. Ini berbeza dengan soalan tertutup, apabila responden diberi pilihan seperti 'Ya' atau 'Tidak', 'Benar' atau 'Salah' dan 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju' dan 'Sangat Tidak Setuju'. Soalan tertutup ini memberi pilihan yang terbatas sebaliknya soalan terbuka membolehkan responden menjawab mengikut pandangannya tanpa sebarang pilihan.
placeboplaseboHerbaFitoterapiBahan yang tidak memberikan kesan kepada penyakit atau prosedur perubatan yang bukan bertujuan untuk terapi. Plasebo hanya boleh mempengaruhi anggapan subjektif pesakit terhadap gejala penyakitnya. Oleh itu, plasebo kadangkala membuatkan pesakit berasa lega daripada sakit yang dihadapinya.
modernismmodenismeKesusasteraanTiadaAliran seni dan sastera yang cuba mengubah norma dan nilai tradisi dengan teknik baharu dari segi bentuk dan struktur. Pada masa yang sama, aliran ini memberikan tumpuan kepada kesedaran subjektif individu serta keterasingannya. Unsur dalam aliran medonisme diterapkan dalam aliran lain seperti simbolisme, eksistensialisme dan surealisme. Modenisme mula diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan banyak mempengaruhi penulis pada abad ke-20.
hermeticismhermetisismeKesusasteraanTiadaPuisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif dan hujah, dalam usaha mencapai �puisi polos�. Pengaruh hermetisisme dapat dikesan dalam puisi yang dihasilkan oleh penyair simbolis Perancis pada abad ke-19, iaitu Baudelaire, Mallarme, dan Valery, serta pengarang Barat yang lain, iaitu Poe, Yeats dan Ibsen.
affective criticismkritikan afektifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengukur keberkesanan karya sastera berdasarkan emosi pembaca yang dirangsangkan oleh karya tersebut. Contohnya, dalam teori katarsis yang diperkenalkan oleh Aristotle, penonton drama tragedi akan bersama-sama mengalami emosi yang dialami oleh watak utama. Sesetengah teori mempersoalkan kritikan ini kerana dikatakan bersifat subjektif dan dianggap menimbulkan andaian yang tidak tepat atau kekeliruan afektif. Lihat juga kekeliruan afektif.
12

Kembali ke atas