subsystem autonomy | autonomi subsistem | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autonomi atau kuasa yang dimiliki oleh satu bahagian dalam satu sistem yang lebih besar. Sistem yang besar ini boleh dibahagikan kepada beberapa subsistem. Subsistem tersebut pula memiliki autonominya sendiri seperti menentukan dasar, belanjawan dan perancangan pengurusan. Contohnya, majlis perbandaran memiliki autonominya sendiri dalam negeri yang mengamalkan sistem persekutuan. |
modular design | reka bentuk modular | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Teori dan amalan yang membahagikan reka bentuk kepada subsistem yang dikenali sebagai modul. Subsistem boleh dibina, diubah suai secara bebas dan boleh digunakan atau ditukar ganti dalam sistem yang berbeza-beza. Contohnya, perkakasan dan perisian komputer yang direka secara modular. |
processing interface subsystem | subsistem antara muka pemprosesan | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahagian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) yang melaksanakan arahan untuk memproses pangkalan data. |