Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.stan.tif] | سوبستنتيف

Definisi : 1. (Udg) bkn peruntukan hak dr segi undang-undang (berbeza drpd prosedur undang-undang): undang-undang ~ mem­berikan hak, kewajiban, kebebasan, dan kuasa kpd orang ramai; 2. (Cetak) bkn kerja mengedit aspek isi sesebuah manuskrip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata substantif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
substantive colourswarna substantifKomunikasi MassaTiadaTiada
substantive editingpenyuntingan substantif-TiadaLihat content editing.
verbless poetrypuisi tanpa kata kerjaKesusasteraanTiadaPuisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian.
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.
code of subsidieskod subsidiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menetapkan peraturan pelbagai hala yang mengawal subsidi menerusi langkah timbal balas. Perjanjian ini hanya terpakai pada subsidi yang diberikan kepada pengeluar atau industri tertentu. Perjanjian ini mengklasifikasikan subsidi berdasarkan konsep lampu trafik, iaitu merah untuk subsidi larangan, kuning jingga untuk subsidi yang boleh diambil tindakan, dan hijau untuk subsidi yang tidak boleh diambil tindakan kerana tidak memudaratkan perdagangan. Perjanjian ini juga memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara bagi mengenakan langkah timbal balas. Perjanjian ini dilampirkan pada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT).

Kembali ke atas