Al Velorum Stars/RR stars | bintang Al Velorum/bintang RR | Matematik | Tiada | Kumpulan bintang denyut berubah yang dahulunya dikelaskan sebagai bintang RR Lyrae tetapi sekarang ini sudah dibuktikan bahawa bintang ini mempunyai luminositi yang lebih rendah di samping mempunyai kala yang lebih pendek, iaitu kira-kira 1.3 hingga 5 jam. |
dynamic data exchange (DDE) | penukaran data dinamik (DDE) | Teknologi Maklumat | Perisian | Teknologi bagi komunikasi antara beberapa aplikasi dalam Microsoft Windows atau OS/2. DDE diperkenalkan pada tahun 1987 dengan kemunculan Windows 2.0. Teknologi ini menggunakan kefungsian Lapisan Mesejan Windows dalam persekitaran Windows. Teknologi ini merupakan sistem yang sama yang digunakan dalam fungsi “potong dan tampal”. Penggunaan DDE masih berterusan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi, penggunaannya sudah diambil alih oleh teknologi pautan dan benaman objek (OLE) dan model objek komponen (COM) tetapi masih digunakan dalam kerangka hubung kait fail. Fungsi utama DDE adalah untuk membenarkan aplikasi Windows untuk berkongsi data. Contohnya, satu sel dalam Microsoft Excel boleh dipautkan kepada satu nilai dalam aplikasi yang lain dan apabila nilai tersebut berubah maka nilai tersebut akan dikemas kini dan diubah secara automatik dalam Microsoft Excel. Komunikasi data diwujudkan melalui model tiga segmen, iaitu aplikasi, tajuk dan item. Contohnya, sekiranya pengg |