Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dut] | سودوت

Definisi : 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dut] | سودوت

Definisi : 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,


Puisi
 

Nyiur kapas di sudut rumah,
     Bunga ke mana dilonggokkan;
Abanglah lepas dari rumah,
     Adiklah gila dimabukkan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Langit dapat dilukis,
     sudut kambut diserayakan.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Snell’s lawhukum SnellTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFormula yang menerangkan hubungan antara sudut tuju dan sudut bias apabila gelombang melepasi sempadan antara dua media yang berlainan seperti air, keluli dan aluminium. Formula hukum Snell boleh diterangkan seperti yang berikut: C1/sinθi = C2/sinθt = C1/sinθr, Dengan C1 ialah halaju gelombang tuju dalam media 1 dan C2 halaju gelombang biasan dalam media 2. Manakala θi, dan θr masing-masing ialah sudut tuju, sudut biasan, dan sudut balikan. Sinonim sudut biasan, sudut pantulan, sudut tuju.
Q anglesudut QSains SukanBiomekanikJajaran sudut di antara femur dengan tibia. Sudut ini diukur daripada garisan tengah bahagian patela ke bahagian spina ilium superior anterior, dan garisan tuberositi tibia ke bahagian garisan tengah patela. Sudut Q juga dikenali sebagai sudut kuadriseps.
included anglesudut kandungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSudut kamber tambah sudut condong cemat agung dalam sistem stereng.
angle of attacksudut tumpuSains SukanBiomekanikSudut di antara paksi jasad dengan arah pengaliran udara atau bendalir. Sudut ini berperanan untuk menentukan daya angkatan yang dihasilkan oleh jasad. Hal ini bermakna semakin besar sudut, semakin tinggi daya angkatannya.
refracted wavegelombang terbiasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media.
angle settingpengesetan sudut, hasil set sudutGeografiTiadaTiada
point of viewsudut pandanganKesusasteraanTiadaCara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu.
angle of deviationsudut sisihanSains KesihatanTiada1. Sudut yang terhasil apabila alur cahaya tersisih akibat pantulan cermin atau biasan. 2. Sudut antaran paksi penglihatan mata juling yang tersisih daripada normal.
beam spread anglesudut serak alurTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSudut serakan alur bunyi (θ ) yang terhasil apabila gelombang bunyi bergerak melalui sesuatu medium selepas melalui jarak medan jauh. Sudut serakan alur (θ) boleh diukur dengan menggunakan formula berikut: sin (θ/2) = kλ/D, Dengan k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah garis pusat prob. k bersamaan dengan 1.22 bagi capahan paling besar, 1.08 bagi penurunan 20 dB dan 0.56 bagi penurunan 6 dB.
harmonious abnormal retinal correspondencekesepadanan retina tak normal harmoniSains KesihatanTiadaKesepadanan retina tidak normal yang dicirikan dengan sudut anomali sama dengan sudut sisihan objektif.
12345678910...

Kembali ke atas