nautical mile | batu nautika | Matematik | Tiada | Unit ukuran panjang yang digunakan untuk mengukur jarak, terutamanya untuk pelayaran: 1 batu nautika ialah panjang lengkok bulatan agung pada bumi yang mencangkum sudut 1 minit di pusat bumi. 1 batu nautika = 6076.11549 kaki bagi unit yang digunakan di Amerika Syarikat; 1 batu nautika = 6080 kaki bagi unit yang digunakan di Britain. |
degree | darjah | Matematik | Tiada | 1. Unit ukuran sudut yang bersamaan dengan 1/90 sudut tegak. 1 sudut tegak = 90 darjah yang juga ditulis 90o, 2. Unit ukuran suhu. 3. Kuasa bagi sesuatu anu yang paling tinggi dalam polinomial. |
lead angle | sudut mendulu; sudut maju | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sudut di antara tangen kepada heliks dengan satah yang normal kepada paksi heliks itu.,2. Sudut di titik pengimpalan, di antara elektrod dengan garis yang sepanjang dengan paksi kimpalan. |
enterior angle | sudut peluaran | Matematik | Tiada | 1. Sudut yang terbentuk oleh salah satu sisi dengan perpanjangan sisi bersebelahan. Ia merupakan sudut yang bersebelahan dengan salah satu sudut pedalaman. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis dan tidak terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan. |
interior opposite angle | sudut pedalaman bertentangan | Matematik | Tiada | 1. Sudut pedalaman sesuatu segi tiga yang tidak bersebelahan dengan sudut peluaran tertentu. 2. Sudut pedalaman sesuatu segi empat yang bucunya bertentang dengan bucu sudut peluaran tertentu. |
drift angle | sudut hanyut | Matematik | Tiada | 1. Sudut hanyut: Sudut di antara arah perjalanan pesawat udara di permukaan bumi dengan arah yang dituju oleh pesawat udara itu. |
corner | sudut; penjuru; selekoh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sudut: Bukaan atau luas antara dua garisan atau permukaan yang bertemu.,2. Selekoh: Sudut atau penjuru yang menganjur keluar.,3. Penjuru: Garis lurus dari titik sudut ke titik sudut yang bertentang. |
corner brace | gerudi engkol/sudut; penyokong sudut | Kesenian | Tiada | 1. Gerudi engkol sudut: Penyokong sudut: Gerudi engkol yang berfungsi untuk menggerudi bahagian yang sempit atau berpenjuru.,2. Alat untuk menyokong dua permukaan yang bertemu pada satu sudut. |
pressure angle | sudut tekanan | Mekanik | Gunaan | 1. Sudut di antara garis normal sepunya bagi dua gigi gear yang bersentuhan dengan tangen sepunya terhadap bulatan pic. Ia juga dinamai sudut keserongan. Lihat juga bulatan pic. 2. Sudut di antara paksi batang pengikut sesondol dengan garis tindakan daya yang dikenakan oleh sesondol pada pengikut. (Garis tindakan daya itu normal terhadap lengkung pic yang melalui titik surih). Lihat juga lengkung pic, titik surih. |
angle of depression | sudut condong | Matematik | Tiada | 1. Sudut antara satu garis lurus (atau pemanjangannya) dengan arah positif paksi-x, yang disukat dari paksi-x mengikut arah lawan jam. 2. Sudut antara suatu garis dengan unjurannya pada suatu satah. 3. Sudut antara dua satah seperti yang ditunjukkan di bawah. |