temperature programming | pengaturcaraan suhu | Kimia | Kimia Analisis | Teknik operasi kromatografi gas yang suhu turus diaturcarakan daripada suhu asal kepada suhu lain yang lebih tinggi dengan kadar pemanasan yang tetap. |
temperature defect | kecacatan suhu | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Perbezaan antara suhu sebenar dengan suhu reka bentuk pada bahan api nuklear atau bahan penyejuk teras. |
thermomagnetometry | termomagnetometri | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengukur sifat magnet bahan mengikut perubahan suhu (fungsi suhu). |
scanning calorimeter | kalorimeter pengimbasan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat termoanalitik yang digunakan untuk mengukur perbezaan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sampel dan suhu rujukan diukur sebagai fungsi suhu. Kedua-dua sampel dan rujukan berada pada suhu yang hampir sama. |
fragility | kerapuhan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sifat sesuatu bahan yang dicirikan dengan cara mengukur tahap kecepatan penurunan suhu apabila disejukkan kepada suhu peralihan kaca. Bahan dengan sifat kerapuhan yang tinggi mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang kecil, manakala bahan bersifat kerapuhan yang rendah mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang besar. |
thermoacoustimetry (TS) | termoakustimetri (TS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengukur ciri-ciri gelombang sesuatu bahan mengikut perubahan suhu (fungsi suhu). |
thermoelectrometry | termoelektrometri | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengukur sifat elektrik (rintangan, konduksian, kapasitans) sesuatu bahan mengikut perubahan suhu (fungsi suhu). |
single grade oil | minyak satu gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred. |
differential thermal analysis | analisis terma pembezaan | Kimia | Kimia Analisis | Penentuan suhu atau kadar perubahan suhu semasa haba diberikan ataupun dikeluarkan daripada sampel yang biasanya berada dalam persekitaran lengai. Kaedah ini menentukan ketulenan sampel dan memberi maklumat tentang komposisi dan sifat termanya seperti suhu peralihan kaca dan air hidratan. |
hypothermia | hipotermia | Kejururawatan | Tiada | Perihal suhu badan bercirikan penurunan suhu daripada tahap biasa, kulit sejuk, pucat, menggigil, kelambatan dalam mengisi kapilari, denyut jantung meningkat, tekanan darah tinggi serta ketegangan bulu roma. |