photochemical switch | suis fotokimia | Fizik | Nanoteknologi | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
ambient switch | suis ambien | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang digerakkan oleh perubahan suhu udara ambien |
ignition switch | suis pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang dikendalikan dengan kunci untuk menyambung dan memutuskan kitar serta mengunci stereng kereta. |
magnetic switch | suis magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang terbuka dan tertutup hasil tindakan magnet. |
pressure switch | suis tekanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis elektrik yang boleh bergerak disebabkan oleh perubahan tekanan. |
temperature switch | suis suhu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis elektrik yang bergerak disebabkan oleh perubahan suhu. |
vacuum switch | suis vakum | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang boleh terbuka dan tertutup bergantung pada perubahan keadaan vakum, dan digunakan dalam litar pengawal motor pengengkol. |
foot selector switch | suis pemilih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis dalam litar lampu depan yang membolehkan pemandu memilih untuk menghidupkan alur lampu tinggi atau rendah dengan menggunakan kaki. |
brake lights switch | suis lampu berhenti | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang terletak pada injak brek yang digunakan untuk menyalakan dan memadamkan lampu berhenti. |
thermostatic cycling switch | suis kitaran termostatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Dalam sesetengah cekam kitaran yang dipasang dalam sistem penyaman udara, suis akan mematikan cekam pemampat jika suhu penyejat berada di bawah aras beku untuk mengelakkan terbentuknya air batu pada penyejat. |