existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |