doggerel | puisi remeh | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang diolah secara kasar, mengandungi isi yang remeh dan menggunakan stail yang tidak rapi. Rima puisi remeh umumnya bersifat mendatar dan tidak memperlihatkan kesan emosi atau perasaan yang mendalam. Puisi tersebut mungkin bertujuan untuk hiburan, suka-suka atau untuk melahirkan idea kelucuan. Umumnya, puisi jenis ini lahir daripada para pengarang yang kurang berpengalaman tentang kaedah penciptaan puisi yang sistematik dan tidak berteraskan nilai-nilai estetik dan puitis yang tinggi. Di samping penghasilan puisi yang bermutu rendah, puisi remeh juga banyak terdapat dalam kad ucapan dan iklan barangan untuk menarik perhatian pembaca dan pembeli. |
toryism | faham konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain. |
mutual covenant | waad saling suka | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
pleaser | penggembira | Umum | Tiada | Seseorang yang suka membuatkan orang lain gembira. |
cynic | sinis | Kesusasteraan | Tiada | Sinis: Orang yang suka mengejek-ejek, memerli, mempersenda dan lain-lain. |
miles gloriosus | miles gloriosus | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang suka bercakap besar tentang kehebatan dirinya tetapi sebenarnya dia seorang yang pengecut. Miles gloriosus merupakan watak prototaip dalam komedi Plautus, dramatis Romawi pada kurun ke-2. Watak ini kemudian menjadi watak stok yang sering terdapat dalam drama Inggeris. Watak ini juga dimanfaatkan dalam karya moden sebagai teman sampingan wira dengan tujuan untuk meningkatkan kehebatannya. Contoh watak miles gloriouses ialah Falstaff dalam drama Henry IV oleh Shakespeare. Contoh watak dalam sastera Melayu ialah Wak Long dan Wak Dogol dalam persembahan wayang kulit. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
phonophobia | fonofobia | Perubatan | Psikiatri | Perasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan terhadap bunyi yang kuat. |
photophobia | fotofobia | Perubatan | Psikiatri | Perasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan terhadap cahaya yang terang. |
smart aleck | poyo | Umum | Tiada | Berkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain. |