voluntary organization | organisasi sukarela | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan yang dibentuk bagi melakukan kerja-kerja sukarela untuk kepentingan orang ramai. Organisasi seperti ini lazimnya mempunyai matlamat yang baik iaitu untuk memberi kemudahan atau memperjuangkan sesuatu kepentingan yang tersendiri seperti pemeliharaan alam sekitar, perjuangan hak asasi, pembelaan hak wanita, perjuangan kepentingan buruh atau pergerakan pengakap, pandu puteri, palang merah dan kadet polis. Badan ini boleh berbentuk kecil-kecilan seperti persatuan di kampung atau boleh juga bersifat pertubuhan yang besar dan global seperti Pertubuhan Kehidupan Binatang Liar Sedunia (WWF). Anggota yang menganggotai pertubuhan ini tidak memikirkan matlamat keuntungan atau kepentingan kewangan sebaliknya bergerak untuk memenuhi matlamat pertubuhan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang merupakan organisasi sukarela yang aktif bergerak untuk memelihara kepentingan pengguna di Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya. |
Voluntary Separation Scheme (VSS) | Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) | Pentadbiran | Tiada | Skim yang digunakan oleh majikan untuk mempelawa pekerja agar berhenti bekerja secara sukarela dengan pembayaran pakej pampasan. |
voluntary compensation insurance | insurans pampasan sukarela | insurans | Tiada | Sejenis perlindungan yang mirip kepada insurans pampasan pekerja yang mana tidak dikenakan dan dikehendaki undang-undang. Contohnya seorang majikan dengan secara sukarela ingin membayar faedah pampasan kepada ahli sekumpulan olahraga yang ditaja oleh syarikatnya. |
voluntary excess | lebihan sukarela | insurans | Tiada | Sebahagian daripada amaun kerugian yang tidak termasuk lebihan wajib yang ditanggung oleh insured. Biasanya amaun kerugian ini terdapat di dalam insurans motor, yang boleh mengurangkan premium yang perlu dibayar oleh insured jika ia bersetuju untuk menanggung secara sukarela. |
commonwealth | Komanwel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria. |
voluntary reserve | rizab sukarela | insurans | Tiada | Suatu pengagihan surplus yang tidak diwajibkan oleh undang-undang. Rizab ini diwujudkan oleh insurer untuk menguatkan kedudukan kewangannya. |
voluntary disposition intervivos | pindahan sukarela semasa hidup | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
interest group | kelompok sekepentingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan ahlinya. Mereka ini amat sensitif terhadap perkembangan kepentingan yang diperjuangkannya. Kumpulan ini boleh mempengaruhi proses penggubalan sesuatu dasar kerajaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pembentukan kerajaan. Pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam secara keseluruhannya tetapi secara spesifik bergerak untuk kepentingan yang lebih khusus seperti memelihara alam sekitar, peminat seni, pendukung kepentingan wanita, pejuang kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan dalam melaksanakan perjuangannya dengan pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, menganjurkan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia untuk alam sekitar dan Tenaganita untuk kepentingan kaum wanita. Sinonim kumpulan berkepentingan. |
labour movement | pergerakan buruh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk oleh golongan buruh bagi memelihara kepentingan mereka khususnya berhubung dengan upah, kebajikan, tempat kerja yang baik serta layanan yang mesra. Pergerakan ini sering membuat tuntutan sama ada kepada majikan mahupun kepada kerajaan, bergantung kepada isu yang dibawa. Pertubuhan yang mantap ini lama-kelamaan telah membuatkan mereka turut peka kepada masalah sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka kemudiannya bersifat responsif terhadap perkembangan ekonomi dan politik tanah air dengan menyatakan pendirian mereka atau menuntut kerajaan melakukan sesuatu menurut cadangan mereka. Dalam negara tertentu seperti di India, Amerika Latin dan United Kingdom, pendirian mereka telah terikat dengan ideologi tertentu yang menjadikannya sangat rapat dengan parti politik atau pemerintah. Contoh pergerakan buruh yang aktif di Malaysia ialah CUEPACS dan MTDC. |
pressure group | kumpulan pendesak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia. |