Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satu­an bunyi yg menjadi unsur dlm sesuatu kata (spt ma dan kan pd perkataan makan atau ku dan ku pd perkataan kuku). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clausulasuku kata terakhirKesusasteraanPuisiSuku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu.
identical rhymerima kembarKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin.
haikuhaikuKesusasteraanTiadaSejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, �Haiku Katak� oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (kedaifan), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (dengan imej keabadian) yang ditampilkan seiring dengan gangguan lompatan katak menimbulkan kesan rasa kedaifan, kesepian dan kesementaraan. Sesungguhnya, haiku amat rapat dengan fahaman Zen Buddhism, dan haiku dianggap sebagai suatu cara untuk kembali kepada alam. Selain Basho, penyair haiku yang tersohor ialah Issa dan Buson. Di luar Jepun, haiku mempengaruhi penyair Barat, khususnya penyair imagis seperti Ezra Pound pada abad ke-20.
feminine endinghujung pemanisKesusasteraanTiadaTambahan suku kata yang tidak ditekankan pada akhir baris sesebuah sajak. Biasanya, pada hujung pemanis terdapat skema rima yang menggunakan rentak nada iambik yang mempunyai 10 suku kata dalam puisi Inggeris. Penyair yang menggunakan hujung pemanis ini menambah suku kata yang kesebelas pada baris rentah nada iambik tersebut. Contohnya, seperti dalam baris yang dipetik daripada drama Hamlet oleh Shakespeare: �To be / or not/to be/, that is/the ques/tion�. Lihat juga matra iambik.
metrematraKesusasteraanPuisiUkuran untuk melihat sesuatu pola atau corak yang sudah ditentukan pada suku kata yang mempunyai tekanan mahupun tidak, dalam rangkap sesebuah puisi. Kemunculan matra bertujuan untuk dilagukan. Ini dapat menjelaskan adanya unsur pertentangan antara suku kata yang panjang dengan suku kata yang pendek atau yang bemada rendah dengan yang bemada tinggi.
octosyllabicastasukuKesusasteraanPuisiPuisi yang setiap baris terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai lapan suku kata. Walau bagaimanapun pembinaan suku kata demikian pada setiap baris dalam sesuatu rangkap atau rangkap sesebuah puisi itu adalah jarang-jarang digunakan. Contohnya, petikan puisi "Bersama Ombak" dalam kumpulan Pengantin Laut, karya J.M. Aziz. Di/ ba/wah te/ma/sya sen/ja 1 2 3 4 5 6 7 8
dactyldaktilKesusasteraanPuisiKaki atau baris akhir yang mengandungi tiga suku kata, dibaca secara kuat, penekanan diberikan pada suku kata pertama sahaja.
double rhymerima dwisukuKesusasteraanPuisiRima yang terdapat pada sesuatu perkataan yang terdiri daripada dua suku kata. Penekanan hanya diberi pada suku kata pertama sahaja. Contohnya, Pisang embun masak merekah, Dituris dengan pisau raut; Kalau abang pergi ke Makkah, Dua kali menyeberang laut.
beginning rhymerima awalKesusasteraanPuisiPenggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
haikuhaikuKesusasteraanPuisiPuisi klasik Jepun yang terdiri daripada tiga baris dalam setiap rangkap. Baris pertama dan ketiga mengandungi lima suku kata dan baris kedua tujuh suku kata. Sebagai bentuk puisi yang dikongkong kuat pengolahannya, penyair haiku terpaksa memadatkan idea dan pemikiran. Sinonim hokku.
1234567

Kembali ke atas