breadfruit fritter | sukun goreng; jemput-jemput sukun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
terap | terap | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu yang ringan dalam genus Artocarpus dan Parartocarpus, dan Antiaris toxicaria daripada famili Moraceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah ara bertih, ipuh, miku, dan sukun, di Sabah paliu, timadang, dan timbangan. Spesies utama kayu ini termasuk Arcorpus elasticus, A. scortechinii, Parartocarpus bracteatus, dan P. venenosus. Gubal kayu terap sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning atau coklat kekuningan. Kadangkala teras kayunya berwarna coklat tua dan mudah dibezakan daripada gubal kayunya.Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, tidak tahan, tetapi mudah diawet. Kadar pengeringan kayu ini berbeza-beza mengikut spesies. Kayu terap sesuai untuk lantai, venir kor, papan lapis, kotak, dan alas angkut. |
root sucker | sulur akar | Pertanian | Agronomi | Pucuk yang tumbuh daripada dasar batang atau akar. Sulur juga keluar daripada tunggul batang yang telah dipotong. Sulur akar yang terlalu banyak perlu dibuang kerana mengambil nutrien dari pokok utama. Contohnya, sulur akar yang keluar dari pokok pisang perlu dibuang untuk mendapat pokok yang sihat. Selain itu, sulur akar juga digunakan untuk pembiakan anak seperti sukun, kayu manis dan bunga ati-ati. |