sulphuric acid | asid sulfurik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Larutan bahan kimia yang sangat berbahaya, mengaratkan dan menghakis, bertakat didih tinggi, dan tidak berwarna. Asid sulfurik ini dicampur dengan air suling dan digunakan sebagai elektrolit di dalam bateri. |
electrolyte | elektrolit | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Campuran asid sulfurik dan air suling dalam bateri. |
acid | asid | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cecair elektrolit dalam bateri yang terdiri daripada asid sulfurik dan air suling. |
digestion | pencernaan | Kimia | Kimia Analisis | Pemusnahan bahan umpamanya sampel biologi oleh bahan kimia seperti asid sulfurik pekat. Biasanya pemanasan digunakan untuk membantu proses ini. |
sulphated ash | abu tersulfat | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi bahan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dirawat dengan asid sulfurik dan dipijarkan pada suhu 600�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tersulfat diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tersulfat dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir. |
drying reagent | reagen pengering | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia, sama ada berbentuk pepejal seperti gel silika dan penapis molekul atau cecair seperti asid sulfurik pekat dan gliserol, yang mempunyai afiniti yang kuat terhadap air dan berupaya menyerap air daripada bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini biasanya digunakan di dalam balang pengering dan dalam menara atau turus. |
etching technique | teknik punaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik. |
substance purication | penulenan zat | Kimia | Kimia Analisis | Suatu kaedah yang berkesan dalam penulenan logam-logam tertentu. Penulenan kuprum merupakan contoh penulenan yang dilakukan secara besar-besaran. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod dalam rendaman asid sulfurik dan kuprum dilarutkan secara elektrolisis, membentuk larutan kuprum sulfat. Ion kuprum terbentuk di katod menghasilkan logam kuprum yang tulen. Keberkesanan kaedah ini disebabkan oleh ketakterlarutan bendasing dalam elektrolit tersebut. |