Keris Suluk | Keris Suluk | Keris | Tiada | Lihat Keris Sundang. |
Keris Suluk Belingkung | Keris Suluk Belingkung | Keris | Tiada | Keris Sundang yang mempunyai tiga keluk. |
meranti merah tua | meranti merah tua | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu merah tua yang ringan, dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk nemesu, seraya, dan berbagai-bagai nama meranti; di Sabah ialah ubah suluk, dan berbagai-bagai nama seraya; dan di Sarawak pula disebut dengan berbagai-bagai nama meranti. Spesies utamanya termasuk Shorea curtisii, S. ovata, S. pauciflora, dan S. platyclados. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jenis ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, akyu kum |
Keris Sundang | Keris Sundang | Keris | Tiada | Keris yang berasal dari daerah Sulu, Filipina Selatan dan mempunyai mata yang panjang, lurus atau berkeluk, tebal atau lebar. Keris ini mempunyai hulu, mata, dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan keris-keris lain. Keris ini juga digunakan untuk tujuan menetak dan mengibas dan bukan digunakan untuk menikam. Sin: Keris Suluk. |
macapat | macapat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung. |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan |