Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.pah] | سومڤه

Definisi : 1. pengakuan yg dibuat (dgn ber­saksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani men­derita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyem­belih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata­-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan ke­setiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, me­ngangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jika­lau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-­kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menye­ranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturun­an; dulu dia menyumpahi dirinya, disangka­nya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata­-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan mem­buat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. mem­buat sesuatu kenyataan dgn sumpah, ber­sumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pah] | سومڤه

Definisi : ; balik ~ = sumpah-sumpah sj binatang kecil yg seakan-akan cicak, kulitnya berwarna hijau dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling, Calotes crista­tellus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pah] | سومڤه

Definisi : 1 pengakuan yg dibuat bahawa apa-apa yg dikatakannya itu benar (biasanya dgn menyebut nama Tuhan). 2 pengakuan bahawa apa-apa yg dikatakannya itu memang benar dan berani melakukan sesuatu atau berani ditimpa sesuatu jika pengakuannya tidak benar. 3 janji atau ikrar yg teguh utk melakukan sesuatu: Baginda telah melafazkan ~ akan memerintah dgn adil dan saksama. 4 kata-kata yg buruk atau yg keji utk mengutuk orang: Dia sakit lumpuh mungkin kerana terkena ~ orang-orang yg dianiayanya. bersumpah 1 menyatakan kebenaran (sesuatu perkara) dgn sumpah; mengangkat sumpah: Sekalian saksi disuruh ~ dahulu. 2 berjanji sungguh-sungguh akan melakukan atau akan mematuhi sesuatu; berikrar: Dia ~ tidak akan mensia-siakan isterinya. bersumpah-sumpahan saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. menyumpah 1 mengucapkan kata-kata atau harapan yg tidak baik: Dia ~ kerana nasi bekalnya dihurung semut. 2 mengenakan sumpah pd; mengutuk: Mereka semua ~ pegawai yg munafik itu. mempersumpahkan 1 membuat pengakuan ttg sesuatu perkara dgn bersumpah. 2 menyuruh atau membiarkan bersumpah. sum­pahan apa-apa atau sesuatu yg di­sumpah. persumpahan perbuatan atau hal bersumpah. penyumpahan perbuatan atau hal menyumpah. penyumpah orang yg menyumpah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sum.pah] | سومڤه

Definisi : ; sumpah-sumpah sj binatang spt mengkarung yg dpt terbang dan sangat berbisa, Calotes cristatellus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hidup tidak kerana doa,
     mati tidak kerana sumpah.

Bermaksud :

Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coincidence of oppositespengaburan sempadanKesusasteraanTiadaSempadan yang dikaburkan dalam karya mitos, dongeng, fantasi, fiksyen sains dan sebagainya. Pengaburan berlaku terhadap unsur-unsur yang bertentangan dalam karya tersebut. Contohnya, sempadan antara makhluk yang bernyawa dengan benda yang tidak bernyawa, antara yang hidup dengan yang mati telah dikaburkan. Istilah ini digunakan oleh Carl Jung untuk merujuk kepada pengaburan sempadan seperti yang dinyatakan. Pengaburan sempadan boleh dilihat dalam novel berjudul Sumpah Tujuh Keturunan oleh gabriel Marquez dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.

Kembali ke atas