Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = sumpitan alat yg merupakan pembuluh (drpd buluh dll) utk melepaskan damak dgn meniup, temiang; 2. alat (yg berupa pembuluh drpd kaca dll) yg berlubang halus utk memancutkan air dgn kuat; menyumpit meniup sumpitan utk mele­paskan damak, melepaskan damak pd sesuatu (dgn sumpitan): kalau terlihat tupai melom­pat dr dahan ke dahan habis disumpitnya; sumpitan sumpit; lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; penyumpit orang yg menyumpit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = sumpitan 1 alat yg dibuat drpd buluh dll dan digunakan utk melepaskan damak dgn cara menghembusnya kuat-kuat; temiang. 2 alat yg digunakan utk memancutkan air dgn kuat. menyumpit meniup sumpitan utk melepaskan damak; me­lepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumpit I

Puisi
 

Sedang keranjang lagi tak penuh,
     Kononkan sumpit nak diisi;
Turun dijenjang lagi mengeluh,
     Kononkan bukit kan didaki.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai sumpit dihentakkan.

Bermaksud :

Orang yang gemuk dan lembam.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inexact rhymerima tak tepatKesusasteraanPuisiPembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit.

Kembali ke atas