Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.sum] | سومسوم

Definisi : isi dlm tulang panjang yg berwarna merah kehitaman, tulang hitam, benak; meresapi tulang ~ = sampai ke tulang ~ ki mendalam sekali (rasa sejuk dll); bubur ~ sj bubur yg diperbuat drpd tepung beras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.sum] | سومسوم

Definisi : isi tulang yg berwarna merah kehitam-hitaman; benak tulang; tulang hitam: Sejuknya meresap hingga ke tulang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumsum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leukemialeukemiaHerbaFitoterapiPenyakit kanser darah, iaitu sel darah putih yang berlebihan daripada kadar normal yang dihasilkan daripada sumsum tulang dan seterusnya akan merosakkan limpa.
antileukaemicantileukemiaHerbaFitoterapiBahan yang boleh mencegah atau merencatkan pertumbuhan leukosit dan pelopornya yang tidak terkawal dalam darah dan sumsum tulang.
short bonetulang pendekSains SukanBiomekanikStruktur tulang yang berbentuk seperti kiub dan terdapat di bahagian pergelangan tangan dan kaki. Tulang ini tidak mempunyai rongga sumsum tetapi bahagian dalamnya terdiri daripada bahan berspan. Tulang pendek berfungsi dalam pelbagai pergerakan dan penyerapan hentakan kaki.
diaphysisdiafisisSains SukanBiomekanikBahagian tengah atau badan tulang panjang. Bahagian ini terdiri daripada tulang padat yang diselaputi tisu periosteum. Bahagian tengah diafisis merupakan kawasan berongga yang mengandungi tisu adipos untuk menyimpan lemak dan membentuk sumsum kuning. Lihat juga tulang panjang, periosteum.
long bonetulang panjangSains SukanBiomekanikStruktur tulang yang terdiri daripada bahagian batang (diafisis) dan dua bahagian hujung, yang dikenali sebagai epifisis. Tulang panjang merupakan tulang yang keras dan padat. Salah satu fungsi tulang ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah melalui sumsum tulang. Tulang panjang terdapat pada anggota tubuh seperti tangan (ulna, humerus) dan kaki (femur, tibia).

Kembali ke atas