[su.mur] | سومور
Definisi : perigi, telaga: mandi di ~; ~ bor Id sj perigi yg airnya memancut dr tanah (tidak perlu dipam ke atas); ~ buta = ~ mati perigi yg telah kering (tidak dipakai lagi); ~ minyak telaga minyak; ~ pantik Jk pancuran air yg dibuat dgn memasukkan paip ke dlm tanah; ~ digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharap-harapkan; ~ (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur); bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.mur] | سومور
Definisi : lubang yg digali utk mendapatkan air; perigi; telaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)