Copernican system | sistem Copernicus | Matematik | Tiada | Gagasan sistem sunda yang dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus pada tahun 1543 yang menolak gagasan sistem suria yang lama yang mengatakan bahawa matahari beredar mengelilingi bumi sebagai pusat dengan mengatakan pusat sistem suria adalah matahari, dan bumi hanya sebagai salah sebuah planet, yang beredar mengelilingi matahari dalam satu orbit yang berbentuk bulat. |
wayang golek | wayang golek | Muzik | Tiada | Teater patung kayu tiga dimensi yang berasal dari Sunda dan daerah utara Cirebon di Jawa Timur. Ceritanya merangkumi epik India seperti Mahabharata dan Ramayana serta Serat Menak yang mengisahkan kehidupan Amir Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Patung ini dimainkan oleh seorang dalang yang menyanyi, berdialog dan bercerita di belakang sebuah rak kayu. Wayang golek diiringi ensembel gamelan. |
kacapi | kacapi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang dipetik. Alat muzik ini berkembang di daerah Sunda, Jawa Barat, Indonesia. Kacapi mempunyai badan berbentuk segi empat bujur. Tujuh utas tali atau lebih dipasang pada badan dan setiap tali disokong dengan kekuda yang tinggi. Tali dipetik dengan jari dan dimainkan secara solo atau dalam ensembel. Dalam ensembel, kacapi dimainkan bersama-sama dengan alat muzik suling dan rincik bagi mengiringi nyanyian pantun, |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Isti |