Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catchment areakawasan tadahanPertanianTiadaKawasan tadahan: Keseluruhan kawasan permukaan yang membekali air larian kepada sesebuah sungai. Kawasan tadahan sesebuah sungai dihadkan oleh garisan legeh pada lembangan sungai tersebut.
river tubingtetiub sungaiSukanTiadaAktiviti menyusuri sungai dengan menaiki alat seperti pelampung berbentuk tiub.
river traildenai sungaiAlam SekitarTiadaLaluan sepanjang sungai atau mana-mana badan air pada bahagian jajarannya.
river boat tourismpelancongan susur sungaiPelanconganTiadaAktiviti melancong untuk menyusuri sungai dengan menaiki perahu berenjin.
interlocking spursusuh berpancaGeografiTiadaCerun lurah sungai yang saling berpanca, apabila sungai mengikut satu haluan yang berliku-liku yang akan mengehadkan ketertampakan dari hulu ke hilir.
ellipsiselipsisKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang menghilangkan perkataan penting dalam konstruksi sintaksis yang lengkap. Contohnya, 'Sungai jernih' yang secara gramatisnya 'Sungai itu aiinya jemih'.
narrow coastal plaindataran pinggir laut sempitSains MarinTiadaDataran pinggir laut sempit yang meminggiri zon pinggir laut di sesebuah kawasan. Contohnya, dataran pinggir laut yang terbesar terletak di kawasan timur Amerika Selatan, iaitu dataran pinggir laut Teluk Amerika Utara yang menganjur dari Teluk Mexico selari dengan Sungai Mississippi ke Sungai Ohio yang berjarak 800 km.
riparian rightshak tebing(sungai)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
estuarymuaraSains MarinTiadaBahagian mulut sungai yang melebar ke laut. Di sinilah aliran pasang surut berlaku yang mengakibatkan percampuran air masin dan air tawar.
bathymetrybatimetriSains MarinTiadaPengukuran kedalaman lautan, sungai atau tasik. Pengukuran ini dilakukan peta batimetri menggunakan garis untuk menunjukkan bentuk dan ketinggian ciri lantai lautan. Peta batimetri yang mirip seperti peta topografi bumi.
123456

Kembali ke atas