Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.kit] | سوڠکيت

Definisi : ; menyungkit 1. mencungkil, meng­ungkit, mengumpil: pekerja itu ~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb: pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol; sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.kit] | سوڠکيت

Definisi : ; menyungkit menolak benda berat ke atas dgn menggunakan tuas; menuil; mengumpil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungkit
Kata Terbitan : menyungkit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sungkitsungkitKesenianTiadaProses menyisipkan lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan diterima dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenunan songket.
long uppercutsungkit jauhSukanTiadaTumbukan sungkit yang dilepaskan kepada pihak lawan dari jarak yang jauh dan mengenai sasaran.
age tsukitumbuk sungkitSukanTiadaTumbukan sungkit ke dagu.
left uppercuttumbuk sungkit kiriSukanTiadaTumbukan sungkit kiri dengan menggunakan tangan kiri ke sasaran pihak lawan.
uppercuttumbuk sungkitSukanTiadaTumbukan yang dilepaskan dari bawah ke atas dengan kedudukan lengan membentuk siku. Sinonim : right uppercut
left uppercuttumbuk sungkit kiriPendidikanTiadaTiada
left uppercuttumbuk sungkit kiriSukanTiadaTiada
right uppercuttumbuk sungkit kananSukanTiadaTumbukan yang dilepaskan dari bawah ke atas dengan kedudukan lengan membentuk siku.

Kembali ke atas