Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti/] | سونتيق

Definisi : 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum, cucuk: ~ utk mencegah penyakit; jarum ~ jarum yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm badan; ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm badan dgn jarum; 2. tanam cacar; menyuntik 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar mema­sukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran­-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menye­diakan; menyuntikkan memasukkan (ubat, cairan, dll) ke dlm badan dgn jarum: ~ serum; suntikan 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; penyuntikan perihal menyuntik: memasuk­kan ubat ke dlm tubuh dgn jalan ~ tidak membatalkan puasa; penyuntik alat utk menyuntik: jarum ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti/] | سونتيق

Definisi : ; jarum ~ jarum yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm badan. ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm badan dgn menggunakan jarum suntik. menyuntik 1 mencungkil duri keluar dr dlm daging dgn menggunakan jarum suntik. 2 mencucuk bahagian badan dgn jarum suntik utk memasukkan ubat. menyuntikkan 1 memasukkan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum suntik. 2 memasukkan benih penyakit ke dlm badan. suntikan hasil (hal dsb) menyuntik atau me­nyun­tikkan: ~ mencegah malaria. pe­nyuntikan perbuatan menyuntik atau menyuntikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suntik
Kata Terbitan : menyuntik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mist lubrication systemsistem pelinciran kabusKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran enjin yang mencampurkan minyak pelincir dengan bahan api dengan nisbah 3% hingga 6%. Campuran ini diaruh melalui karburetor ke dalam kebuk pembakaran, menyebabkan bahan api terpeluwap dan minyak pelincir dalam keadaan berkabus. Campuran berkabus ini akan tersebar ke dalam silinder melalui kotak engkol. Kabus ini akan melekat pada dinding silinder dan membentuk filem pelincir yang melincirkan galas utama dalam rod penyambung manakala minyak pelincir selebihnya melincirkan omboh, gegelang omboh dan silinder. Dalam sesetengah enjin moden, minyak pelincir di- suntik terus ke dalam karburetor dengan kuantiti yang terkawal untuk melindungi permukaan silinder manakala galas utama juga menerima minyak daripada pam berasingan.

Kembali ke atas