Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti.kan]/[sun.ti/.kan] | سونتيقن

Definisi : 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti.kan]/[sun.ti/.kan] | سونتيقن

Definisi : hasil (hal dsb) menyuntik atau me­nyun­tikkan: ~ mencegah malaria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crossfire injectionsuntikan nyala silangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api elektronik atau sistem suntikan jasad pendikit yang menggunakan dua penyuntik, yang dipasang pada pancarongga pengambilan untuk membekalkan campuran udara-bahan api melalui laluan yang berkedudukan bersilang. Setiap penyuntik membekalkan campuran tersebut ke silinder enjin yang bertentangan melalui satu saluran yang bersilang dengan kedudukan enjin.
port injectionsuntikan liangKejuruteraan AutomotifEnjinSuntikan bahan api cecair ke dalam udara yang mengalir melalui saluran pengambilan. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan memaksa campuran udara dan bahan api mengalir masuk ke dalam kebuk pembakaran. Suntikan ini berfungsi untuk menjalankan pengatoman bahan api. Sistem ini menghasilkan kualiti campuran yang lebih sempurna berbanding sistem sun- tikan bersama dan sistem karburetor. Sinonim pancitan liang Banding sistem suntikan bersama.
common injection systemsistem suntikan bersamaKejuruteraan AutomotifEnjinSuntikan bahan api ke dalam udara yang mengalir dari pe- napis udara sebelum memasuki pancarongga pengambilan. Aliran yang mengandungi campuran udara-bahan api ini akan diagihkan oleh pancarongga pengambilan ke setiap silinder. Sistem ini mengambil alih peranan karburetor dan bertujuan untuk menambah baik percampuran udara-bahan api sebelum dibakar dalam kebuk pembakaran. Sinonim sistem pancitan bersama, suntikan berkumpulan. Banding suntikan liang.
continuous fuel injectionsuntikan bahan api berterusanKejuruteraan AutomotifEnjinProses suntikan bahan api ke dalam enjin secara berterusan untuk membolehkan pembakaran berlaku tanpa henti. Proses ini berlaku dalam keadaan tekanan malar dan berkebolehan menjana kuasa secara berterusan. Proses suntikan biasanya digunakan dalam enjin turbin gas. Sinonim pancitan bahan api berterusan.
multiport fuel injectionsuntikan bahan api multiliangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi penyuntik bahan api dan dipasang pada setiap liang pengambilan. Penyuntik ini akan menyemburkan bahan api supaya masuk ke dalam aliran udara pengambilan dan bercampur dengannya sebelum campuran ini masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui injap pengambilan. Penyuntikan sedemikian menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih seimbang dan merupakan penambahbaikan sistem suntikan titik tunggal.
group injectionsuntikan berkumpulanKejuruteraan AutomotifEnjinLihat sistem suntikan bersama.
throttle body injectionsuntikan badan pendikitKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi satu penyuntik bahan api yang dipasang hanya pada badan pendikit.
single point injectionsuntikan titik tunggalKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi satu penyuntik bahan api yang dipasang hanya pada pancarongga pengambilan atau badan pendikit. Penyuntik ini akan menyemburkan bahan api supaya bercampur dengan udara sebelum diagihkan ke dalam pancarongga pengambilan dan seterusnya masuk ke dalam silinder. Penyuntikan sedemikian menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih seimbang dan merupakan penambahbaikan sistem karburetor.
electronic fuel injection systemsistem suntikan bahan api elektronikKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api yang dikawal secara elektronik. Sistem ini menggunakan peranti untuk memantau nisbah udara-bahan api yang sesuai masuk ke dalam kebuk pembakaran. Pemantauan ini menghasilkan operasi enjin yang optimum dalam pelbagai keadaan. Sinonim sistem pancitan bahan api elektronik.
indirect injectionsuntikan tak langsungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang bahan apinya disuntik ke dalam kebuk prapembakaran dan tercucuh terlebih dahulu sebelum memasuki kebuk pembakaran utama. Sinonim pancitan tak langsung Banding suntikan terus.
1234567

Kembali ke atas