super critical water | air lampau genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan air yang wujud pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi atas titik genting (374�C dan 22.1 MPa). |
super critical water reactor (SCWR) | reaktor air lampau genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear yang menggunakan air lampau genting sebagai bahan penyejuk dan bendalir kerja untuk menjana elektrik. |
super Schmidt telescope | teleskop super Schmidt | Fizik | Tiada | Sistem Schmidt yang mempunyai satah majmuk pembetul yang terdiri daripada kanta meniskus dan kanta tak kroma dublet. |
super strain | strain utama/strain super | Kesihatan Awam | Tiada | Varian virus korona yang dianggap lebih cepat merebak dan menyebabkan lebih banyak kematian. |
artificial super intelligence (ASI) | kecerdasan super buatan (ASI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |