Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ria] | سوريا

Definisi : = sang ~ matahari: sinar ~ menerangi sekitar alam; cakera ~ matahari berserta cakerawala yg beredar mengelilinginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ria] | سوريا

Definisi : , = sang ~ matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suria (kata nama)
Bersinonim dengan sang suria, matahari, mentari.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solar-blind photomultiplierpemfotoganda buta suriaKimiaKimia AnalisisPengesan yang terdapat pada spektrofometer untuk mengesan sinaran atau pancaran dalam daerah ultralembayung dan daerah nampak. Pengesan ini harus disimpan di dalam bekas yang tidak boleh dimasuki oleh cahaya suria.
sun geargear suriaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGear tengah yang terdapat dalam sistem gear planet, yang akan menyirat dengan bahagian pinan planet.
sun-kissed skinkulit kucup suriaUmumTiadaKulit yang kelihatan menarik, cantik dan cerah kerana terdedah kepada cahaya matahari.
artificial dryingpengeringan buatanHerbaTiadaKaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah.
seasonmusim; mengering (kayu)GeografiTiadaMusim: Tempoh masa biasanya berdasarkan kepanjangan dan keamatan sinaran suria.
planetary gear systemsistem gear planetKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSet gear yang terdiri daripada gear suria sebagai pusat dengan dua atau lebih gear pinan.
photovoltaicfotovoltanFizikNanoteknologiKeupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi.
renewable energytenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTenaga yang boleh diganti melalui fenomena semula jadi daripada pelbagai sumber seperti biojisim, suria, angin, tenaga pasang surut, geoterma dan kuasa hidro.
greenhouse effectkesan rumah hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFenomena pemanasan di permukaan dan bahagian rendah atmosfera planet (troposfera) disebabkan oleh penukaran sinaran suria kepada haba. Sebahagian daripada sinaran matahari memantul semula ke atas dari permukaan bumi dalam bentuk inframerah gelombang pendek. Sebahagian gelombang ini diperangkap oleh gas-gas rumah hijau dan dipancarkan semula ke permukaan bumi dalam pelbagai arah, lalu menyebabkan peningkatan suhu.
thermaltermaSainsTiadaIsi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan.
12

Kembali ke atas