Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rian] | سوريان

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Parishia insignis; 2. sj tumbuhan (pokok), buah kayu, geronggang semut, kedondong kerut, kerantai (merah), Santiria laevigata; 3. sj tumbuhan (pokok), kerantai (merah), kerati, Santiria tomentosa; ~ batu sj tumbuhan (pokok) dlm famili Meliaceae, cerana putih, repuh, suntang, Chukrassia tabularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rian] | سوريان

Definisi : IB ark sarjan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
surian batusurian batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Chukrassia tabularis daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah cerana putih , repuh dan suntung. Gubal kayu surian batu berwarna coklat kekuningan, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah atau merah. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai lapisan parenkima yang nyata. Ira bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikemas siap, tetapi sukar dikerjakan, sederhana tahan dan cepat mengering, tanpa cacat yang teruk. Kayu surian batu sesuai untuk kabinet yang mutu tinggi, hiasan dalaman, kayu kumai, perabot, dan venir hirisan.
limpagalimpagaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Cedrela spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah surian dan tangsian burung, dan di Sabah ialah ranggau. Spesies utama kayu ini ialah Cedrela serrata dan C. sureni. Gubal kayu limpaga berwarna putih kelabu atau merah jambu, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna putih kelabu, merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya kasar dan sekata, kerana mempunyai struktur liang bergelang, dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 270 hingga 530 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu limpaga mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Struktur kayu ini amat menarik, dan sesuai digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman, papan lapis mewah, papan lapis hiasan, dan ukiran kayu.
monophagousmonofagusBiologiEkologiBerkaitan dengan herbivor yang memakan hanya satu spesies tumbuhan sahaja. Misalnya, ulat daun, Hipsyphya robusta yang memakan daun pokok surian wangi, Toona sureni. Bandingkan oligofagus.

Kembali ke atas