Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu;

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
skimmed milksusu skim; susu tanpa lemakPentadbiran PerniagaanTiadaSusu tanpa lemak: Susu yang krimnya telah dikeluarkan. Susu skim: Susu yang krimnya telah diskim atau dikeluarkan skum dan sebagainya dari permukaan cecairnya.
cultured milksusu kulturMakanan dan PemakananTeknologi MakananHasilan susu yang diperoleh apabila susu steril, susu pasteur, atau susu skim diinokulasikan dengan kultur bakteria tertentu seperti Lactobacillus acidophilus, atau Lactobacillus bulgaricus untuk menghasilkan rasa dan aroma khusus. Contoh, yogurt, krim masam, susu mentega kultur dan susu asidofilus. Sinonim susu fermentasi.
evaporated milksusu sejatMakanan dan PemakananMakananSusu pekat tanpa gula yang diperoleh dengan menyejatkan lebih kurang 60% air daripada susu segar. Susu sejat hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 8% lemak susu, 28% jumlah pepejal susu dan 670 IU Vitamin A setiap 100 gram.
skimmed milksusu skimMakanan dan PemakananMakananSusu yang diperoleh dengan mengeluarkan hampir keseluruhan lemak yang terkandung dalam susu segar. Susu skim hendaklah tidak mengandungi lebih daripada 0.5% lemak susu dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 8.5% pepejal susu bukan lemak.
powdered milksusu tepungMakanan dan PemakananMakananSusu yang dihasilkan dengan menyejatkan kandungan air dalam susu segar sehingga menjadi serbuk kering. Susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada susu dalam bentuk cecair. Susu tepung tidak perlu didinginkan kerana kandungan kelembapannya yang rendah.
skimmed milksusu skimMakanan dan PemakananTeknologi MakananSusu yang telah diasingkan krim atau lemaknya. Susu ini mengandungi tidak lebih daripada 0.5% lemak susu dan tidak kurang daripada 8.5% pepejal susu bukan lemak. Sinonim susu tanpa lemak.
calf milk replacersusu gantian anakVeterinarTiadaMakanan dalam bentuk cecair yang digunakan sebagai pengganti susu ibu. Makanan ini mengandungi sekurang-kurangnya 22% protein dan 15% lemak. Susu gantian ini diperbuat daripada produk-produk susu seperti susu skim, wei, kasein dan bahan-bahan lain seperti protein soya, protein ikan, yis pembru dan lemak haiwan. Laktosa dan dektrosa merupakan sumber karbohidrat yang kerap dimasukkan ke dalam campuran ini. Bahan-bahan ini dipasarkan dalam bentuk serbuk dan dicampurkan dengan air sebelum diberi kepada ternakan.
milk sherbetserbat susuPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman sejuk daripada susu atau susu dengan campuran buah-buahan.
curd/clotdadihMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan makanan yang disediakan daripada susu haiwan, seperti susu lembu atau susu kerbau yang dicampurkan dengan asid sitrik, gula, garam, dan perisa. Dadih mengandungi kasein yang tinggi hasil daripada pengentalan susu.
full cream milksusu penuh krimMakanan dan PemakananMakananSusu yang tidak melalui proses pemisahan atau pengeluaran apa-apa komponen nutriennya dan kandungannya sama seperti susu segar. Susu penuh krim boleh atau mungkin telah menjalani proses homogenisasi atau pempasteuran.
12345678910...

Kembali ke atas