Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su/] | سوسوق

Definisi : 1. bentuk (rupa, wujud), lembaga: jauh di hadapannya dlm samar-samar ternampak suatu ~ tubuh yg berjalan dgn tergesa-gesa; ~ badan (tubuh) a) bentuk rupa, bangun tubuh; b) bayangan badan; ~ jijak sikap dan perawakan; bulu ~ bulu yg lembut lagi halus (terdapat pd seluruh badan burung dsb atau di celah-celah bulu yg lebih besar; ~ ayat (Lin) bentuk atau susunan ayat; ~ bahasa bentuk (gaya) bahasa; 2. rangka (perahu dll); menyusuk 1. memasang rangka (rumah perahu dll); 2. memulai membuat (sesuatu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su/] | سوسوق

Definisi : 1. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk dll), penyemat (baju dll), susuh, tusuk; ~ igu pasak utk melekatkan igu; ~ kondai = ~ sanggul penyemat sanggul; 2. jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm kulit muka dll utk memaniskan rupa; 3. lubang tempat mema­sukkan sesuatu (butang dll); ~ baju lubang tempat kancing baju; ~ pelipit tempat mele­takkan geligin (pd alat tenun); bersusuk 1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk pemanis; bersusuk-susuk, bersusuk-susukan ber­asak-asakan (kerana terlalu ramai dll); menyusuk 1. mencucuk, menusuk; 2. me­masukkan jarum emas dll dlm kulit utk memaniskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su/] | سوسوق

Definisi : ; susukan Jw sungai buatan, terusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su/] | سوسوق

Definisi : , = ~ tubuh bentuk atau sikap tubuh; bangun tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.su/] | سوسوق

Definisi : 1 baji atau pasak utk menge­tatkan rasuk dll; sesuatu yg digunakan sbg semat: ~ sanggul (kondai) pe­nyemat sanggul. 2 jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm badan supaya kelihatan manis atau berseri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susuk (kata nama)
Bersinonim dengan bentuk, bangun, rangka.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
low profile tyretayar susuk rendahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTayar lebar yang mempunyai nisbah tinggi tayar dengan lebar tayar yang kecil.
horror storycerita seramKesusasteraanTiadaCerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria.

Kembali ke atas