loss lag | susulan kerugian | insurans | Tiada | lih. perkembangan kerugian. |
lag coverage | perlindungan susulan | insurans | Tiada | Perlindungan berbentuk endorsemen yang dikepilkan pada Polisi Ganggu Niaga yang meluaskan tempoh perlindungan sehingga tempoh perniagaan dibuka semula dan mencapai tahap sebelum perniagaan terganggu. |
adverse events following immunization (AEFI) | kesan mudarat susulan imunisasi/ pengimunan (AEFI) | Perubatan | Tiada | Sebarang tanda, simptom, penyakit atau keputusan ujian makmal yang tidak normal setelah imunisasi/pengimunan. Bukan semua AEFI yang dilaporkan disebabkan oleh vaksin atau imunisasi/pengimunan. Sesetengah AEFI berlaku secara kebetulan dan tidak berkait dengan penggunaan vaksin. |
catch-up plan | pelan pencepat | Pendidikan | Tiada | Tindakan susulan yang singkat bagi tempoh pemulihan segera dengan berpandukan analisis kandungan asas kurikulum untuk guru-guru membantu murid yang tidak dapat menguasai tajuk pembelajaran ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). |
student tracking system | sistem penjejakan pelajar | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian sokongan yang membolehkan organisasi mengesan, merekod dan menganalisis maklumat kemajuan tahunan pembelajaran pelajar serta memantau aktiviti pembelajaran dalam talian yang sedang diikuti. Sistem ini digunakan untuk memberikan gambaran sebenar pencapaian pelajar kepada pihak berkepentingan dalam membuat keputusan, cadangan dan tindakan susulan yang bersesuaian. |