marginal analysis | analisis sut | Ekonomi | Tiada | Kaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal. |
diminishing marginal productivity | daya pengeluaran sut berkurangan | Ekonomi | Tiada | Daya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan. |
herringbone suit | sut siku keluang | Fesyen | Tiada | Sut bercorak zig-zag seperti garisan yang patah-patah dan bersudut-sudut dan berbentuk serupa rangka ikan hering. |
marginal productivity doctrine | doktrin daya pengeluaran sut | Ekonomi | Tiada | Lihat teori daya pengeluaran sut. |
neoclassical economics | ekonomi neoklasik | Ekonomi | Tiada | Kajian ekonomi yang menentukan peletakan harga berdasarkan pendekatan utiliti sut dan daya pengeluaran sut dalam pasaran persaingan. Analisis ekonomi neoklasik tertumpu pada gelagat unit-unit individu ekonomi, sama ada pengguna atau firma, dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh unit-unit ini mempengaruhi pasaran. Dalam analisis tersebut, pengaruh institusi sama ada dari segi politik atau sosial, selalunya diabaikan. Lihat juga mazhab neoklasik. |
marginal productivity | daya pengeluaran sut | Ekonomi | Tiada | Tambahan unit atau nilai output yang boleh dikeluarkan dengan menambah penggunaan satu unit faktor pengeluaran, ceteris paribus. Misalnya, sebuah kilang dengan 7 orang buruh boleh mengeluarkan 100 unit payung. Dengan 8 orang buruh, pengeluaran menjadi 110 unit. Daya pengeluaran sut buruh ke 8 ialah 10 unit. Lihat juga keluaran sut. |
hazmat suit | sut hazmat | Kesihatan Awam | Tiada | Pakaian yang direka khas untuk melindungi petugas daripada bahan berbahaya, seperti bahan kimia dan agen biologi. Hazmat berasal daripada kependekan perkataan "hazardous" dan "material". |
marginal efficiency of capital | kecekapan modal sut | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
marginal analysis | analisis marginal | Ekonomi | Tiada | Lihat analisis sut. |
proportgional tax | cukai berkadar | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut. |