Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg ber­harga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1 = benang ~ benang lembut lagi halus yg diperoleh dr sj ulat. 2 kain yg dibuat drpd benang sutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sutera

Puisi
 

Sutera ini sutera gulungan,
     Sutera perajut kaca;
Suratku ini surat kiriman,
     Dendam rindu boleh dibaca.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Repsulaman RepKesenianHiasan DalamanKain yang diperbuat daripada sutera, bulu atau kapas. Rep ditenun dalam bentuk pintalan halus atau tetulang yang merentasi lebar fabrik. Kain sutera rep dijadikan pakaian formal, tali leher atau jubah. Bulu dan kapas pula ditenun untuk kegunaan upholsteri. Rep berasal daripada perkataan Perancis.
silk roadjalan suteraPelanconganTiadaLaluan darat bersejarah dari Asia Timur ke Asia Barat yang menjadi daya tarikan pelancong.
paisleypaisleyKesenianHiasan DalamanFabrik kapas, sutera atau bulu yang ditenun dengan corak berlingkar atau bercetak yang popular di Kashmir, India pada abad ke-19. Paisley mempunyai reka bentuk melengkung, yang diilhamkan daripada bentuk daun palma kecil. Contohnya, paisley Scotland yang bermutu tinggi.
galloonanyaman bingkai bucuKesenianHiasan DalamanKain hiasan yang berjalur sempit, diperbuat daripada sutera atau kain renda yang digunakan sebagai anyaman bersulam untuk perhiasan pada alat perabot rumah, tekstil, langsir, serta pakaian seragam tentera dan polis.
tea baguncang tehHerbaTiadaUncang kecil mengandungi daun teh yang dibuat daripada uncang kertas porus, sutera atau nilon yang dikedapkan untuk menyeduh dan menapis daun teh. Terdapat uncang yang mempunyai benang diikat di bahagian atas dengan label kertas bagi memudahkan uncang teh dikeluarkan dan mengenal pasti jenis teh.
historic routelaluan sejarahPelanconganTiadaPerjalanan melalui tempat yang mempunyai ciri-ciri peninggalan sejarah, seperti Laluan Sutera di China.
herbal tea baguncang teh herbaHerbaTiadaUncang kecil mengandungi daun herba yang diperbuat daripada uncang kertas porus, sutera atau nilon yang dikedapkan untuk menyeduh dan menapis daun herba. Terdapat uncang yang mempunyai benang diikat di bahagian atas dengan label kertas bagi memudahkan uncang teh herba dikeluarkan dan mengenal pasti jenis herba. Contohnya, uncang teh misai kucing, halia dan serai.
amidoamidoFizikNanoteknologiSebatian amidohidrolase yang mempunyai radikal NH2 dan radikal CO. Bahan ini mudah dikesan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Amido digunakan dalam proses pencelupan kain sutera, bulu dan fiber buatan.

Kembali ke atas