private organisation | organisasi swasta | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertubuhan atau syarikat yang ditubuhkan oleh seseorang atau sekumpulan individu untuk mencapai keuntungan dan matlamat tertentu yang berada di luar dari sistem pemerintahan., Operasi organisasi swasta biasanya berteraskan peraturan dan wawasan yang tersendiri, tanpa bergantung kepada pihak lain seperti kerajaan. Walaupun organisasi swasta sering dikaitkan dengan perniagaan, ia boleh juga bersifat sosial, budaya atau sukan. Organisasi swasta boleh dilihat sebagai organisasi sokongan kepada kerajaan dan penting bagi menjana ekonomi negara. Contohnya, Hong Kong and Shanghai Bank, Arab-Malaysian Bank dan Celcom. |
private archive | arkib swasta | Sejarah | Tiada | Arkib yang diusahakan oleh pihak swasta seperti pertubuhan sejarah, pencinta arkeoloji, orang persendirian, pengumpul barang lama dan sebagainya. |
supply-side economy | ekonomi sebelah penawaran | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes. |
private broadcasting station | stesen siaran swasta | Komunikasi | Tiada | Stesen radio atau televisyen yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak swasta. Stesen ini memperoleh hasil pendapatannya melalui pengiklanan. |
nationalisation | pemiliknegaraan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Harta atau aset kepunyaan peribadi atau swasta yang diambil oleh pemerintah, sekali gus menarik hak pemilikan peribadi atau swasta tersebut. Kerajaan membuat tindakan ini kerana faktor kepentingan negara, orang ramai atau kerana melaksanakan sesuatu dasar atau ideologi tertentu. Pemiliknegaraan sering berlaku dalam negara komunis atau sosialis. Badan perniagaan yang biasanya menjalankan pemiliknegaraan merupakan organisasi besar seperti bank, syarikat pengangkutan, minyak, air dan tenaga. Konsep pemiliknegaraan adalah bertentangan dengan dasar penswastaan. |
capital account | akaun modal | Ekonomi | Tiada | Akaun yang mencatatkan pergerakan modal antarabangsa. Akaun modal terdiri daripada modal jangka pendek dan modal jangka panjang yang dimiliki oleh pihak swasta dan kerajaan. Misalnya, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang yang dibuat atau yang diterima oleh pihak swasta dalam negeri daripada pihak swasta luar negeri. |
public affairs | hal ehwal awam | Komunikasi | Korporat | Jabatan atau bahagian dalam sesebuah organisasi swasta atau awam yang berfungsi untuk mengurus dan memantau aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan, sama ada di dalam atau di luar organisasi. Bagi sesetengah organisasi, bahagian ini dikenali juga sebagai jabatan korporat atau perhubungan awam. Dalam organisasi swasta, bahagian hal ehwal awam turut bertanggungjawab untuk mengurus sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan perhubungan dengan agensi kerajaan. |
private | persendirian; swasta | Ekonomi | Tiada | Tiada |
private enterprise | perusahaan swasta | Geografi | Tiada | Tiada |
private firm | firma swasta | Geografi | Tiada | Tiada |