syair | syair | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shi�r atau saj�, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap |
homeoteleuton | persamaan akhir/homeoteluton | Kesusasteraan | Tiada | Persamaan akhir dalam satu perkataan atau baris. Contoh: Baris-baris pada syair-syair Melayu a-a-a-a. |
bayet (arabic verse) | bait | Kesusasteraan | Tiada | 1. Syair Arab atau Parsi yang dipetik secara langsung dalam bahasa asalnya.,2. Syair Arab dan Parsi yang diberikan maknanya dalam Bahasa Melayu, tidak diambil dalam bahasa asalnya dan tidak pula dijadikan syair Melayu.,3. Rangkap-rangkap syair Melayu yang dibuat mengikut timbangan syair Arab. |
folk non-narrative | cerita rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang bercorak puisi. Contoh: Syair Dandan Setia, Syair Jaran Temasya. |
wonder tales | dongeng ajaib | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengandungi unsur-unsur ajaib dan menakjubkan. Contoh: cerita Jula Juli Bintang Tiga, Syair Bidasari dan Syair Selendang Delima. |
narrative poetry | puisi naratif | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi. |
metrical romance | roman matris | Kesusasteraan | Tiada | Naratif tentang pengembaraan dan percintaan golongan bangsawan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Roman matris biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Roman ini biasanya memaparkan latar kembara yang jauh dan eksotik, dengan gambaran peristiwa yang membangkitkan rasa sentimental dan romantis. Dalam budaya Melayu, roman matris banyak ditemui dalam syair. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah, Perang Cina dan Syair Bidasari. Roman matris dikenali juga sebagai puisi naratif. |
sha'ir | syair | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
ghazal | ghazal | Kesusasteraan | Tiada | Syair yang mempunyai ikatan terdiri daripada tiga dan empat baris serangkap dan jumlah suku kata yang tidak tetap biasanya 20 atau 22 suku kata sebaris yang berasal dari Parsi. |
tembang | tembang | Kesusasteraan | Tiada | Karangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud �nyanyian� atau �puisi�. Lihat juga kidung. |