pile setting | penegak pail | Kesenian | Hiasan Dalaman | Mesin yang digunakan oleh pencuci karpet untuk mencuci karpet semasa proses menegak dan meratakan benang permaidani yang basah dengan berus dan syampu khas. |
aromatherapy | aromaterapi | Herba | Tiada | Amalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik. |
herbal extract | ekstrak herba | Herba | Tiada | Bahan pati yang terhasil melalui pengekstrakan tumbuhan menggunakan pelarut organik, akueus atau gas. Ekstrak herba sejuk dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8-12 jam pada suhu bilik. Ekstrak herba panas dihasilkan melalui pemanasan dalam pelarut pada suhu 60-100�C. Terdapat pelbagai jenis ekstrak iaitu ekstrak, kering, ekstrak cair, tinktur, ekstrak bendalir dan ekstrak likat. Ekstrak digunakan untuk penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik seperti sediaan kapsul, syampu dan krim herba. Contoh ekstrak herba ialah ekstrak alkohol tongkat ali atau ekstrak air kacip fatimah. Sinonim ekstrak tumbuhan. |