syariah compliance company | syarikat patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat yang aktivitinya mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Kriteria utama yang diguna pakai bagi menentukan status syarikat patuh syariah ialah aktiviti teras tidak terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Tujuan penetapan status kepatuhan syariah adalah untuk menentukan syarikat yang disenaraikan bagi membentuk Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI). |
syariah noncompliance company | syarikat tak patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat yang aktivitinya tidak mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Syarikat berkenaan terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Sekiranya terdapat urusan yang bercampur antara aktiviti halal dengan aktiviti haram, maka penentuan status tidak patuh syariah akan berdasarkan kepada ukur rujuk percampuran. Keadaan ini menyebabkan syarikat tak patuh syariah dikeluarkan daripada senarai syarikat dalam Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI). |
Syariah Advisory Council (SAC) | Majlis Penasihat Syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993. Majlis ini diberi mandat untuk memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip syariah dengan cara mengenal pasti dan menentukan kriteria syariah yang perlu dipenuhi oleh pasaran modal Islam. Majlis Penasihat Syariah juga memberi nasihat kepada pengamal kewangan Islam berhubung pembangunan pasaran modal Islam dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu berkaitan pasaran modal Islam. Ahli majlis ini terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam. |
shariah compliance instrument | instrumen patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen pasaran modal yang menepati kehendak syariah. Di Malaysia, instrumen ini harus diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. Dana yang dijana daripada instrumen ini digunakan untuk aktiviti yang selaras dengan syariah. Contohnya, waran panggilan, kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah, hak langgan boleh pindah dan pensekuritian aset Islam. |
KLSI | KLSI | Ekonomi | Ekonomi Islam | Singkatan bagi Kuala Lumpur Syariah Index. Lihat Indeks Syariah Kuala Lumpur. |
Kuala Lumpur Shariah Index (KLSI) | Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Nombor yang dijana daripada harga saham dan nilai modal berbayar syarikat patuh syariah. Indeks ini digunakan sebagai ukur rujuk bagi mengukur prestasi sekuriti patuh syariah. KLSI telah dilancarkan pada tahun 1997 sebagai memenuhi permintaan pelabur tempatan dan asing yang ingin melabur dalam sekuriti patuh syariah. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya harga saham sebuah syarikat dijangka akan lebih tinggi daripada KLSI, maka pelabur cenderung untuk melabur dalam syarikat tersebut. |
shariah committee | jawatankuasa syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar dalam bidang syariah, perbankan dan perundangan serta dilantik oleh sebuah institusi kewangan Islam. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji dan meluluskan produk kewangan Islam yang baru. Di samping itu, jawatankuasa ini juga berperanan memantau operasi institusi kewangan Islam bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan syariah, dan garis pan |
SAC | SAC | Ekonomi | Ekonomi Islam | Singkatan bagi Syariah Advisory Council. Lihat Majlis Penasihat Syariah. |
sukuk index | indeks sukuk | Ekonomi | Ekonomi Islam | Indeks untuk mengukur prestasi umum bon yang selaras dengan syariah. Indeks ini menjadi tanda ukur bagi pelabur yang mahukan pendapatan tetap pelaburan daripada bon syariah. Indeks ini dikira berdasarkan kepada sekumpulan bon yang setiap satunya mesti memenuhi ciri-ciri tertentu, iaitu bon mestilah selaras dengan syariah, masa matang minimum ialah satu tahun, saiz penerbitan minimum ialah sebanyak US250 juta dan mempunyai penarafan ‘BBB‘. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya pulangan bon atau sukuk yang diterbitkan oleh sebuah syarikat adalah lebih tinggi daripada indeks sukuk, maka pelabur cenderung untuk membeli bon syarikat tersebut. |
Islamic unit trust scheme | skim unit amanah Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh syariah. Skim ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berkhidmat dengan syarikat pembrokeran Islam. Bagi memastikan perlaksanaan skim ini mematuhi prinsip syariah, syarikat dikehendaki melantik jawatankuasa penasihat syariah. Keperluan melantik jawatankuasa ini terkandung dalam garis panduan Dana Unit Amanah. Contoh skim unit amanah Islam ialah dana ekuiti Islam, dana bon Islam dan dana KLSI. Sinonim unit amanah Islam. |