Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syarikat;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaSyarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang dikenali sebagai syarikat induk. Mengikut Seksyen 5 Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat menjadi anak syarikat apabila keahlian lembaga pengarah anak syarikat itu dikuasai oleh syarikat induk, atau lebih daripada sesetengah hak mengundi pada anak syarikat dikuasai oleh syarikat induk, atau syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada anak syarikat lain bagi syarikat induk itu.
assigned riskrisiko teruntukinsuransTiadaRisiko yang biasanya tidak boleh diterima oleh syarikat insurans tetapi oleh kerana peruntukan undang-undang ia perlu dikendalikan oleh gemblengan syarikat-syarikat insurans dan diserahkan kepada syarikat mengikut giliran.
automobile assigned risk planpelan risiko teruntuk automobilinsuransTiadaMerupakan persetujuan secara sukarela antara syarikat-syarikat insurans untuk menerima mereka yang tidak berupaya mendapatkan perlindungan insurans dalam pasaran biasa.
stock companysyarikat stokinsuransTiadaSyarikat insurans yang modalnya adalah hasil sumbangan daripada pemilik saham syarikat berkenaan. Pendapatan daripada syarikat ini diagihkan sebagai dividen kepada pemilik saham berkenaan.
company secretarysetiausaha syarikatPentadbiranTiadaOrang yang dipertanggungjawabkan oleh lembaga pengarah bagi segala urusan sesebuah syarikat dan mematuhi akta syarikat.
mutual life insurance companysyarikat insurans hayat bersamainsuransTiadaSyarikat insurans hayat yang dimiliki dan dikuasai oleh pemegang polisi. Syarikat ini mengeluarkan polisi penyertaan yang membolehkan pemegang polisi berkongsi perolehan surplus melalui dividen.
Memorandum and Article of AssociationMemorandum dan Artikel PersatuanAuditTiadaDokumen undang-undang yang diperlukan dalam penubuhan syarikat. Memorandum ini menggariskan dan menghuraikan komponen penting dalam struktur sesebuah syarikat yang dapat mengawal selia hubungan antara syarikat dengan orang luar. Tataurusan persatuan pula membentuk perlembagaan syarikat dengan memperincikan kaedah dan peraturan untuk mengawal pengurusan dalaman hal ehwal sesebuah syarikat.
debenturedebenturEkonomiTiadaModal pinjaman yang dibuat oleh sesebuah syarikat perniagaan untuk menambah modal pusingan perniagaan. Debentur ini akan dibayar faedah, tetapi tidak boleh menerima dividen syarikat tersebut. Debentur juga diterbitkan oleh syarikat awam yang dapat diniagakan di Bursa Saham. Ia berbeza daripada saham yang juga merupakan pinjaman syarikat tetapi dibayar dividen.
reinsurancereinsuransinsuransTiadaInsurans yang melibatkan penerimaan oleh sesebuah syarikat insurans, dikenali sebagai reinsurer, bagi kesemua atau sebahagian daripada risiko kerugian yang dilindungi oleh sesebuah syarikat insurans lain (dikenali sebagai syarikat mengesid)
indemnity companysyarikat indemnitiinsuransTiadaSyarikat insurans yang menguruskan hal ehwal kemalangan dan malapetaka.
12345678910...

Kembali ke atas