oath of allegiance | sumpah taat setia | Undang-undang | Tiada | Tiada |
declaration of allegiance | akuan taat setia | Undang-undang | Tiada | Tiada |
code of conduct | tatakelakuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman. |
public service | perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu institusi yang bertanggungjawab menguruskan segala kegiatan atau usaha pemerintah yang ada kaitannya dengan kepentingan orang ramai. Ia adalah sektor terpenting bagi melaksanakan usaha-usaha pembangunan untuk rakyat di samping memberikan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh golongan peniaga, usahawan dan sektor swasta. Matlamat utama perkhidmatan awam adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan, cekap, produktif dan mencakupi kehendak rakyat sebagaimana yang dihasratkan oleh pemerintah. Perkhidmatan awam ialah institusi yang berkecuali, bebas daripada pengaruh politik, memberikan khidmat kepada kerajaan yang memerintah dengan penuh taat setia tanpa mengambil kira fahaman atau ideologi kerajaan tersebut. Perkhidmatan awam amat perlu bagi memelihara kesejahteraan rakyat, mengawal keselamatan, keamanan dan mengurus pembangunan ekonomi. Pemerintah bertanggungjawab menggubal dasar dan peraturan tertentu manakala pelaksanaannya menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam. |
kabuki | kabuki | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k |
psychographic contract | kontrak psikologi | Pentadbiran | Tiada | Perjanjian persefahaman antara pekerja dengan majikan yang dia akan tekun bekerja, taat dan setia kepada syarikat atau organisasinya. |