uniformity of weight | keseragaman berat | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan sisihan piawai berat antara tablet-tablet yang dijadikan sampel. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. |
chewable tablet | tablet kunyah | Farmasi | Farmaseutik | Tablet yang perlu dikunyah untuk menghancurkan tablet kepada ketulan yang lebih kecil. Proses ini akan meningkatkan luas permukaan yang terdedah untuk proses pelarutan. Drug yang dibebaskan akan diserap dengan lebih cepat. Tablet ini juga boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai kesukaran untuk menelan seperti orang tua dan kanak-kanak. Tablet kunyah ini juga dibuat untuk meningkatkan penerimaan ubat oleh kanak-kanak. Contohnya, tablet kunyah multivitamin. Tablet ini juga boleh digunakan jika dos yang hendak diberikan terlalu besar untuk ditelan. |
uniformity of content | keseragaman kandungan | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan sisihan piawai kandungan bahan aktif antara tablet-tablet yang dijadikan sampel. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. |
coated tablet | tablet salut | Farmasi | Farmaseutik | Tablet yang dilitupi dengan bahan salut untuk melindungi kandungan tablet daripada kesan cahaya dan kelembapan, melitupi rasa kurang enak drug dan memberi kekuatan mekanikal untuk memudahkan pengendalian tablet. Salut yang digunakan boleh juga memberi ciri pelepasan terkawal dan ciri enterik kepada tablet. Lihat juga bahan salut, penyalutan, salutan enterik. |
tablet | tablet | Perubatan | Tiada | Ubat pepejal yang diberikan secara oral yang bentuknya bergantung kepada pengeluar ubat. Komposisi tablet termasuklah bahan farmakologi yang aktif dan bahan lengai yang berfungsi untuk mengekalkan bentuk tablet tersebut. Sinonim pil. |
tablet hardness | kekerasan tablet | Farmasi | Farmaseutik | Sifat sukar pecah bagi sesuatu tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kerepuian tablet. |
disclosing tablet | tablet penunjuk | Perubatan | Tiada | Tablet untuk mewarnai plak gigi di permukaan gigi. |
sublingual tablet | tablet sublingua | Farmasi | Farmaseutik | Tablet yang direka bentuk untuk diletakkan pada sebelah bawah lidah untuk penyerapan drug ke dalam peredaran sistemik secara terus melalui mukosa. |
multilayer tablet | tablet berbilang lapis | Farmasi | Farmaseutik | Tablet yang terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan yang dimampatkan di atas satu sama lain. Biasanya digunakan untuk bahan yang tidak serasi antara satu sama lain atau untuk mencapai sistem pelepasan drug beransur. |
tablet | tablet | Farmasi | Farmaseutik | Bentuk dos pepejal yang mengandungi drug atau bahan aktif farmaseutikal dan eksipien. Tablet biasanya dibentuk daripada serbuk atau granul yang dimampatkan dan mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna bergantung kepada pengelasan dan kaedah pengilangan. |