savings account | akaun tabungan | Ekonomi | Tiada | Lihat akaun simpanan. |
fixed deposit | deposit tetap | Ekonomi | Tiada | Deposit dalam institusi kewangan tertentu seperti bank perdagangan dan bank tabungan yang mempunyai tempoh simpanan tertentu seperti sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan, dua belas bulan, atau lebih daripada setahun. Deposit minimum yang diperlukan oleh institusi kewangan di Malaysia ialah RM500. Kalau faedah simpanan berbeza mengikut tempoh matang. Jika simpanan hendak dikeluarkan sebelum tempoh matang, faedah simpanan mungkin tidak didapati atau dikira mengikut jangka yang lebih pendek yang memenuhi syarat. Sinonim deposit bermasa. |
leakage | bocoran | Ekonomi | Tiada | 1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank. |
loanable fund | dana boleh pinjam | Ekonomi | Tiada | Dana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank. |
supply-side economy | ekonomi sebelah penawaran | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes. |
savings account | akaun simpanan | Ekonomi | Tiada | Akaun bank yang mencatatkan kedudukan kewangan bagi simpanan pelanggan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, sama ada di bank asal atau di bank cawangan. Simpanan dalam akuan ini akan diberi pulangan yang dikenali juga sebagai faedah, bunga, atau riba, pada kadar dan dalam tempoh tertentu. Sinonim akaun tabungan. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |