Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tad.bir] | تدبير

Definisi : urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tad.bir] | تدبير

Definisi : kerja-kerja mengurus dan me­ngawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
governancetadbir urusSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kepemerintahan.
administrative areakawasan tadbirPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan yang diletakkan di bawah pentadbiran sesuatu pihak berkuasa.
administrative costkos tadbirPenilaian Harta TanahTiadaTiada
administrative expensesbelanja tadbirPenilaian Harta TanahTiadaTiada
administrative expensesbelanja tadbirPenilaian Harta TanahTiadaTiada
unadministered estateharta tak tadbirPenilaian Harta TanahTiadaTiada
quasi-governmentsepara kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa bersama pemerintah dan sektor swasta dalam urus tadbir terutamanya untuk membentuk dasar awam. Autoriti ini dikatakan separa kerana sektor swasta turut memiliki kuasa mengarah selain daripada kuasa kerajaan. Kuasa sektor swasta ini diterima oleh kerajaan di samping kerajaan masih memainkan peranannya dalam membentuk dasar awam.
virtual learning environment (VLE)persekitaran pembelajaran maya (VLE)Teknologi Maklumate-PembelajaranSistem yang membolehkan pengajar mengurus tadbir pembelajaran termasuk memuat naik bahan pembelajaran, menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran, memantau pencapaian pelajar, berinteraksi dengan pelajar dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai dengan mata pelajaran atau kursus tersebut.
personal learning environment (PLE)persekitaran pembelajaran peribadi (PLE)Teknologi Maklumate-PembelajaranSistem yang membantu seseorang individu dalam mengurus tadbir hal ehwal pembelajarannya termasuk bahan pembelajaran, komunikasi bersama guru dan pelajar lain, tugasan, dan semua hal yang bersesuaian dengan proses pembelajaran individu tersebut.
allianceperikatanSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan kerjasama beberapa individu, organisasi atau negara bagi mencapai faedah dan matlamat yang sama. Kerjasama ini diIihat sebagai satu bentuk kerjasama yang bersifat konkrit, tersusun serta mempunyai struktur tadbir urus yang jelas. Kerjasama ini boleh wujud dalam bentuk gabungan beberapa parti dan beberapa negara. Contohnya, Perikatan Barisan Nasional di Malaysia.
12

Kembali ke atas