decarceration | pembebasan tahanan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara. |
political prisoner | tahanan politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Seseorang yang dipenjarakan atau dirampas kebebasan bergerak kerana pegangan atau tindakan politiknya yang berbeza dengan golongan pemerintah. Contohnya, kumpulan individu yang dipenjarakan kerana mengkritik kerajaan atau terlibat dengan kelompok yang dianggap bertentangan dengan pemerintah dari sudut politik. |
decarceration | pembebasan tahanan | Undang-undang | Tiada | Proses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara. |
national interest | kepentingan nasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perkara utama yang melibatkan keselamatan, kekuatan ekonomi, tahanan dan pembangunan. Kepentingan ini perlu dipelihara untuk mewujudkan dan membantu pemerintah membentuk sebuah negara yang aman, selamat dan maju. Contohnya, sewaktu krisis kewangan 1997, kerajaan Malaysia mengambil langkah menyekat pengaliran keluar wang negara dalam jumlah yang besar. |
prison suicide | bunuh diri di penjara | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan mengambil nyawa sendiri yang berlaku dalam tahanan di bawah kuasa perundangan semasa menjalani hukuman atau perbicaraan kerana kesalahan jenayah. |
act | berlakon; tindakan (UDG); perbuatan | Sejarah | Tiada | 2. Tindakan - proses melakukan sesuatu atau bertindak.,3. Perbuatan - dalam tahanan skolastisisme, ia dianggap kegiatan atau perbuatan menyempurnakan sesuatu |
habeas corpus | habeas corpus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prosedur yang dilaksanakan terhadap seseorang yang dituduh, diadili, disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Mahkamah mempunyai kuasa memberi mandat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pertuduhan ini. Melalui habeas corpusiini, seseorang yang ditahan itu berhak mendapatkan khidmat peguam dan dibawa ke meja pengadilan. Sebarang tahanan tanpa perbicaraan dianggap salah dan melanggar undang-undang. Dengan ini, dapat mengelakkan tertuduh daripada dipenjara tanpa arahan mahkamah. Tuntutan ini boleh dikemukakan oleh tertuduh sendiri, keluarganya atau pihak ketiga. |
sensory deprivation | deprivasi deria | Psikologi | Tiada | Proses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang. |