Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hu] | تاهو

Definisi : 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) menge­tahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimak­lumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk mem­beritahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persila­kan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pe­ngetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hu] | تاهو

Definisi : sj burung, burung tuwu, Eudynamys scolopacea malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hu] | تاهو

Definisi : 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ke­tahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.


Lihat selanjutnya...(173)
Peribahasa

Tahu makan,
     tahu simpan.

Bermaksud :

Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(102)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homographhomografKesusasteraanPuisiPenerapan dan penyebutan kata dalam sesuatu rangkap. Lazimnya sesuatu kata mempunyai sesuatu ejaan yang sama namun berbeza erti. Contohnya, dalam ayat 'dia tidak tahu menangkap tahu'. Dalam konteks tahu yang pertama bermakna faham dan yang kedua bermakna sejenis burung.
authorial omniscient voicesuara pengarang serba tahuKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama.
omniscient point of viewsudut pandangan serba tahuKesusasteraanPuisiPerihal penyair yang menggambarkan sikapnya yang serba tahu mengenai proses pencitraan sama ada watak, objek ataupun suasana.
limited omniscienceserba tahu terbatasKesusasteraanTiadaBentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness.
neutral omniscienceserba tahu neutralKesusasteraanTiadaBentuk sudut pandangan seseorang pengarang yang bersifat neutral dalam sesebuah karya. Walaupun pengarang (pengisah) mempunyai pengetahuan yang luas terhadap cerita dan watak, tetapi pengarang itu bertindak secara neutral tanpa melibatkan pandangan atau memberikan komen peribadi terhadap peristiwa atau pemikiran para watak.
omniscient point of viewsudut pandangan serba tahuKesusasteraanTiadaKaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya.
non-focalizationbukan fokalisasiKesusasteraanTiadaSudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas.
cold marketpasaran dinginEkonomiTiadaRangkaian bakal pelanggan yang terdiri daripada orang-orang yang tidak dikenali dan tahu tentang produk yang akan dijual.
improvisationimprovisasiKesusasteraanTiadaPerlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud �tanpa persediaan�.
scribal errorkesilapan penyuratKesusasteraanTiadaKesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap.
12

Kembali ke atas